Didie Alias Mahu Jumpa ‘Gadis Cetus Viral’, Selesai Cara Baik

Didie Alias Mahu Jumpa ‘Gadis Cetus Viral’, Selesai Cara Baik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Didie Alias Mahu Jumpa ‘Gadis Cetus Viral’, Selesai Cara Baik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Didie Alias Mahu Jumpa ‘Gadis Cetus Viral’, Selesai Cara Baik
link : Didie Alias Mahu Jumpa ‘Gadis Cetus Viral’, Selesai Cara Baik

Baca juga


Didie Alias Mahu Jumpa ‘Gadis Cetus Viral’, Selesai Cara Baik

Artis serba boleh, Didie Alias, 45, tampil menjelaskan kontroversi berhubung isu viral yang dicetuskan oleh seorang gadis menerusi media sosial baru-baru ini mengenai permasalahan kulit yang dialami selepas menggunakan produk DYXY Cosmetics.

Menurut Didie, dakwaan individu itu adalah satu kenyataan yang mengelirukan kerana dia sendiri tidak mengalami apa-apa masalah setelah menggunakan komestik tersebut sejak lapan bulan lalu.

Katanya lagi, dia mendapat tahu mengenai isu viral tersebut selepas menerima mesej ‘screenshot’ mengenai kenyataan yang dibuat gadis berkenaan dan kemudian dia terus menghubungi pihak syarikat untuk mendapatkan penjelasan.

“Saya terkejut apabila menerima screenshot dan tahu-tahu perkara itu sudah viral di media sosial. Jadi saya pun terus menghubungi pihak syarikat untuk mengetahui apa sebenarnya isu tersebut.

“Daripada maklumat yang diberika oleh ejen kami, gadis tersebut sebenarnya merupakan re-seller produk ini. Hasil semakan kami mendapati pada awalnya dia memberikan maklum balas yang positif selepas memakai produk ini. Tetapi selepas lebih empat bulan, dia mula membuat dakwaan sebegitu di laman Facebooknya sekaligus menjadi tular.

“Sebagai jurucakap produk ini, saya sendiri sudah menggunakannya selama lapan bulan. Kalau betul seperti yang di dakwa individu berkenaan, tentu saya juga mengalami masalah kulit tetapi allhamdulillah saya tidak mengalami apa-apa masalah.

“Sebaliknya, bagi saya sejak memakai produk ini, saya nampak lebih muda. Saya selesa dengan produk ini malah kulit saya semakin cerah dan glowing. Jadi kepada pengguna lain, jangan risau kerana produk ink selamat dan secara tak langsung merawat wajah,” tegasnya ketika ditemui pada sidang media khas menjelaskan isu tersebut, bertempat di Flora Terrace, Ampang, semalam.

..

Bagaimanapun Didie tidak merasakan isu yang tercetus itu sebagai satu cubaan sabotaj sebaliknya menganggap lumrah dan cabaran dalam mengusahakan satu-satu perniagaan.

Sebagai iniasitif, pihak syarikat cuba menghubungi individu berkenaan untuk bertemu dan berbincang bagi mengetahui apa sebenarnya masalah yang dialami, namun tiada maklum balas daripada gadis tersebut. Begitu pun mereka masih berusaha dan tetap mahu berjumpa dengan gadis itu.

Tambah Didie, selama ini sekiranya pengguna yang menggunakan produk mereka mengalami masalah, pengguna akan terus mengadu kepada ejen dan ejen akan memaklumkan kepada mereka.

“Kami dapat tahu daripada ejen yang gadis itu sebenarnya re-seller. Jadi kami ada cuba menghubunginya tetapi dia tidak mengangkat panggilan. Apa yang kami tahu, dia ada menghantar mesej kepada ejen kami mengatakan dia takut dan tidak menyangka perkara ini menjadi tular. Katanya dia hanya mahu berkongsi masalah kulit yang dialami itu dengan kawan-kawan di Facebooknya.

“Pihak kami mahu menyelesaikan masalah ini secara baik sebab itu kami tetap mahu berjumpa dengan gadis itu. Kami sudah ada alamat rumahnya, dan kalau perlu kami pergi ke rumahnya, kami akan pergi. Kami hendak tahu apa punca sebenar kulitnya bermasalah adakah benar selepas dia memakai produk kami dan jika dia tidak sengaja mencetuskan isu ini, kami rasa gadis itu perlu membuat permohonan maaf, “katanya.

Dalam pada itu, Didie mendedahkan dia juga nyaris ditipu segelintir peniaga atas talian yang mengambil kesempatan ‘bermain harga’ iaitu menjual produk tersebut lebih murah daripada harga sebenar di pasaran.

“Saya mendapat tahu perkara itu selepas diberitahu ejen lain yang ada pihak cuba menipu pelanggan dengan bermain harga di bawah harga pasaran yang sekali gus akan memberi masalah kepada pengusaha produk.

“Jadi saya terpaksa ‘berlakon’ berurusan dengan pihak terbabit untuk mendapatkan bukti dan kepastian. Memang benar mereka menjalankan kegiatan itu dan saya nyaris ditipu,” katanya.

Sementara itu, pihak syarikat produk tersebut memaklumkan mereka telah mengesan dan menyenaraikan nama individu-individu tidak bertanggujawab itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

The post Didie Alias Mahu Jumpa ‘Gadis Cetus Viral’, Selesai Cara Baik appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Didie Alias Mahu Jumpa ‘Gadis Cetus Viral’, Selesai Cara Baik

Sekianlah artikel Didie Alias Mahu Jumpa ‘Gadis Cetus Viral’, Selesai Cara Baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Didie Alias Mahu Jumpa ‘Gadis Cetus Viral’, Selesai Cara Baik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/didie-alias-mahu-jumpa-gadis-cetus.html

Subscribe to receive free email updates: