link : Dituduh Cederakan Anak: Suami Ziana Zain Mengaku Tidak Bersalah
Dituduh Cederakan Anak: Suami Ziana Zain Mengaku Tidak Bersalah
Suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mencederakan anak lelakinya sehingga luka dengan menggunakan sebatan rotan pada 25 Februari lalu.
Tertuduh yang memakai baju-T berwarna kelabu bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Sebaik pertuduhan dibacakan juga, Armin Zaharin yang tidak diwakili peguam mendakwa melakukan perbuatan atas tujuan mengajar anak.
“Saya ajar dia (anak) mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal,” katanya.
Bagaimanapun, pengakuan tersebut tidak diterima oleh Raja Noor Adilla.
Mengikut pertuduhan, Armin Zaharin yang merupakan penganggur itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas anaknya dengan menggunakan sebatan rotan.
The post Dituduh Cederakan Anak: Suami Ziana Zain Mengaku Tidak Bersalah appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Dituduh Cederakan Anak: Suami Ziana Zain Mengaku Tidak Bersalah
Anda sekarang membaca artikel Dituduh Cederakan Anak: Suami Ziana Zain Mengaku Tidak Bersalah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/dituduh-cederakan-anak-suami-ziana-zain.html