Dr Mahathir kata PAS bukan parti Islam...

Dr Mahathir kata PAS bukan parti Islam... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir kata PAS bukan parti Islam..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir kata PAS bukan parti Islam...
link : Dr Mahathir kata PAS bukan parti Islam...

Baca juga


Dr Mahathir kata PAS bukan parti Islam...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap PAS 'bukan parti Islam' berikutan ia turut dianggotai ahli bukan Islam.

Ujarnya PAS tidak akan mampu menerima ahli bukan Islam kerana terlalu berpegang dengan prinsipnya.

“PAS kalau dia bercampur dengan bukan Islam, dia jadi kafir. Takkan dia boleh. Dia tidak boleh. Dia orang yang pegang kepada prinsip, dia tahu kalau orang yang campur dengan kafir (maka) dia jadi kafir.

“Jadi la ni pasal dia bercampur dengan DAP dulu, saya anggap parti PAS ini tak Islam,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa manifesto partinya adalah naskah yang diteliti dan mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk daripada bukan Islam.
 
Ini bukan cubaan kali pertama Dr Mahathir cuba menghidupkan isu ‘kafir mengkafir’ membabitkan PAS.

Sebelum ini Pengerusi PPBM itu melabelkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan Umno Barisan Nasional (BN), namun tidak berhasil.

Hadi sebaliknya mengumumkan beliau memaafkan Dr Mahathir atas faktor usianya yang sudah lebih 90 tahun dan turut menasihat bekas perdana menteri itu untuk bertaubat.

Dr Mahathir juga mengungkit kembali Amanat Hadi yang dakwanya mencetuskan isu kafir-mengkafir sehingga tercetusnya tragedi berdarah di Kampung Memali pada 1985.

Namun bagai 'menepuk air di dulang, terpecik ke muka sendiri' Dr Mahathir pula disalahkan kerana didakwa mengarahkan polis mengepung penduduk kampung itu hanya untuk menangkap seorang penceramah bebas, Ustaz Ibrahim Libya.

Malah terdapat gesaan dibuat agar ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi itu.

Hadi bingkas memberi komitmen untuk hadir ke RCI itu, jika suruhanjaya itu ditubuhkan kerajaan Persekutuan. 


Demikianlah Artikel Dr Mahathir kata PAS bukan parti Islam...

Sekianlah artikel Dr Mahathir kata PAS bukan parti Islam... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir kata PAS bukan parti Islam... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/dr-mahathir-kata-pas-bukan-parti-islam.html

Subscribe to receive free email updates: