Farid Kamil dedah dua individu sebenar

Farid Kamil dedah dua individu sebenar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Farid Kamil dedah dua individu sebenar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Farid Kamil dedah dua individu sebenar
link : Farid Kamil dedah dua individu sebenar

Baca juga


Farid Kamil dedah dua individu sebenar

PELAKON dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil mendedahkan dua individu sebenar yang dipercayai telah meletakkan dadah dalam minumannya.

Malah, bintang filem Tombiruo ini turut berkongsi gambar dua individu berkenaan.

“Saya menyebut dua nama dalam laporan polis tetapi saya kecewa apabila dua individu lain yang dipanggil bagi membantu siasatan polis,” katanya pada sidang media khas di The Loft Event Space, Shah Alam.

Susulan itu, Farid menafikan dua artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes dadah sebelum ini adalah individu sebenar yang digambarkannya kepada polis.

Katanya, dua individu sebenar yang mendatanginya itu memperkenalkan diri sebagai kerabat diraja Johor dan Kedah yang juga merupakan pengurus artis dan penyanyi.

“Secara peribadinya, saya hanya kenal mereka dalam industri tapi tak pernah berjumpa. Tiba-tiba mereka ajak berjumpa dengan alasan mahu bincang urusan penting.

“Selepas berjumpa mereka, saya terus tak sedar diri,” katanya.

Dalam pada itu, Farid turut menuntut keadilan dan mendakwa dipukul 11 anggota polis berpakaian biasa pada malam ketiga ditahan, dalam keadaan lampu bertutup kira-kira jam 2 pagi.

Akibatnya, selebriti berusia 37 tahun ini mengalami kecederaan di dahi sehingga meninggalkan parut.

“Saya dipakaikan dengan baju berwarna putih dan tiba-tiba lampu ditutup. Ketika dipakaikan baju putih itu saya cuba meronta. Tiba-tiba saya berasa cairan mengalir di wajah saya.

“Apabila lampu dibuka semula dan cuba buka pakaian berkenaan, saya dapati banyak kesan darah pada baju itu

“Sedangkan sebelum itu saya hanya bertanyakan tentang arah kiblat. Banyak keraguan tentang arah kiblat yang sebenar,” katanya.

Biarpun sudah membuat laporan polis terhadap perkara berkenaan, suami Diana Danielle ini kecewa dengan hasil maklum balas yang diterima dari pihak polis.

Terdahulu, Farid didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 16 Januari lalu.

Bagaimanapun, bintang filem Lagenda Budak Setan ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada 25 Januari lalu.

The post Farid Kamil dedah dua individu sebenar appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Farid Kamil dedah dua individu sebenar

Sekianlah artikel Farid Kamil dedah dua individu sebenar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Farid Kamil dedah dua individu sebenar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/farid-kamil-dedah-dua-individu-sebenar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :