link : Farid Kamil nafi alami masalah mental
Farid Kamil nafi alami masalah mental
PELAKON dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil menafikan mengalami masalah mental.
Bagaimanapun, bintang filem Tombiruo ini mengakui menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejurus selepas dibebaskan.
“Saya di bawa ke sana kerana menjalani proses pemulihan membuang racun yang ada di dalam badan.
“Saya juga ditahan kerana badan saya mengalami kekurangan air selain berat badan susut secara drastik,” katanya dalam sidang media khas di The Loft Event Space, Setia Alam, semalam.
Malah, katanya, doktor turut mengesahkan tiada unsur-unsur membabitkan kesihatan mental ke atasnya.
“Saya memaklumkan kepada keluarga yang saya berada dalam keadaan baik, cuma saya diracuni.
“Selepas pemeriksaan, doktor juga sahkan tiada unsur-unsur itu dalam diri saya,” katanya.
Bahkan, Peguamnya, Faizul Mohd Nasir bertegas menyatakan anak guamnya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan secara peribadi mengenai kesihatan mentalnya.
“Sewaktu di tahan di lokap, adalah perkara biasa bila orang membuat pelbagai spekulasi.
“Lagipun, masing-masing berada dalam keadaan terkejut. Kesimpulannya, anak guam saya memang tiada masalah mental,” katanya.
Sementara itu , Farid mengakui parut kekal yang ada di dahinya menyebabkannya berasa kurang berkeyakinan dan rendah diri.
“Saya ada terima beberapa tawaran berlakon cuma saya tak boleh buat kerana wajah saya mengalami kecederaan yang nyata.
“Parutnya kelihatan sangat jelas dan ia tak boleh ditutup walaupun dengan teknik solekan,” katanya
The post Farid Kamil nafi alami masalah mental appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Farid Kamil nafi alami masalah mental
Anda sekarang membaca artikel Farid Kamil nafi alami masalah mental dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/farid-kamil-nafi-alami-masalah-mental.html