Guan Eng sindir Azmin, Selangor hadapi masalah terburuk sejak tiga tahun

Guan Eng sindir Azmin, Selangor hadapi masalah terburuk sejak tiga tahun - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng sindir Azmin, Selangor hadapi masalah terburuk sejak tiga tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng sindir Azmin, Selangor hadapi masalah terburuk sejak tiga tahun
link : Guan Eng sindir Azmin, Selangor hadapi masalah terburuk sejak tiga tahun

Baca juga


Guan Eng sindir Azmin, Selangor hadapi masalah terburuk sejak tiga tahun

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, menyindir krisis catuan air di Selangor dan menyifatkannya sebagai antara masalah terburuk di negeri itu sejak tiga tahun lalu.
 
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, krisis catuan air di Selangor itu berada pada tahap serius susulan faktor perubahan cuaca.
 
Katanya, pihak yang tidak mahu dibebani krisis catuan air dijemput berhijrah ke Pulau Pinang bagi menikmati margin rizab sumber semula jadi itu yang berada pada tahap mencukupi.
 
"Kita akui sebelum ini (era Barisan Nasional) pun Pulau Pinang tak ada catuan, tetapi tengoklah sejak 10 tahun lalu apabila banyak negeri yang tak pernah alami krisis air, tiba-tiba terpaksa catu bekalan.
 
"Sebelum ini, Selangor dan Taiping, Perak mana ada catuan air, tetapi tiba-tiba ada krisis air yang sangat serius sejak tiga tahun lalu.
 
"Kita bernasib baik kerana berjaya elak daripada 'kisah seram' catuan air ini.
 
"Pulau Pinang turut terkesan dengan perubahan cuaca, tetapi berjaya kawal rizab kita. Justeru, kawan dekat tempat lain cakap tidak ada air, kita jemput datanglah ke Pulau Pinang. Boleh mandi dan minum cukup-cukup di sini," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penyempurnaan Pakej 1 Projek Saluran Paip Berkembar Dasar Laut Baru di Gat Lebuh Macallum di sini, hari ini.
 
Guan Eng berkata, kejayaan Pulau Pinang mengelak daripada krisis catuan air berpunca daripada amalan pengurusan sumber itu secara 'Cekap, Telus dan Amanah'.
 
"Kita berani buat jaminan dan yakin bahawa sehingga 10 tahun lagi Pulau Pinang tak akan ada catuan air. Saya beri tiga kali ganda jaminan bahawa ia tak akan berlaku di negeri ini.
 
"Marilah, mari ke Pulau Pinang boleh terus mandi. Ini adalah pencapaian sangat membanggakan apabila Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil tetapi memiliki margin rizab air yang paling besar," katanya.


Demikianlah Artikel Guan Eng sindir Azmin, Selangor hadapi masalah terburuk sejak tiga tahun

Sekianlah artikel Guan Eng sindir Azmin, Selangor hadapi masalah terburuk sejak tiga tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng sindir Azmin, Selangor hadapi masalah terburuk sejak tiga tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/guan-eng-sindir-azmin-selangor-hadapi.html

Subscribe to receive free email updates: