link : Hantu Wangan di 43 panggung
Hantu Wangan di 43 panggung
SELEPAS tiga kali membuat rayuan, filem Hantu Wangan arahan Ahmad Idham Nadzri yang bakal ditayangkan 22 Mac ini, akhirnya memperoleh 43 panggung tayangan berbanding 29 panggung, sebelum ini.
“Saya sudah jadi seperti pengemis untuk dapatkan jumlah panggung bagi tayangan filem sendiri walhal perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
“Kali pertama diluluskan hanya 29 sahaja, kemudian saya kemukakan rayuan kepada Skim Wajib Tayang (SWT) dan dapat 39 tetapi jumlah itu masih sedikit, ” katanya ditemui pada tayangan perdana filem Hantu Wangan, semalam.
Ahmad Idham akui kali ketiga terpaksa meminta bantuan daripada pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sebelum ditambah empat lagi panggung.
Dia juga akui sengaja melakukan provokasi pada peringkat awal untuk melihat adakah SWT akan kekal dengan keputusan awal mereka atau sebaliknya.
Bagaimana pun, dia terkejut kerana pendirian mereka berubah selepas adanya campur tangan daripada Finas sendiri.
“Selama ini, SWT tidak mengeluarkan garis panduan mengenai kriteria penting yang perlu ada untuk kenal pasti filem bagaimana yang layak dapat jumlah panggung yang banyak untuk rujukan penerbit filem tempatan.
“Hanya mereka yang berada di dalam SWT sahaja yang tahu dan mereka tidak memanggil produser untuk buat satu pertemuan menjelaskan hal itu, sebelum ini,” katanya.
Katanya, terpaksa menyuarakan isu ini kerana ramai penerbit kecil tidak berani menyuarakan situasi dilalui mereka, sebelum ini.
Dia turut mempersoalkan adakah SWT turut bertindak sebagai ‘Quality Control’ (kawalan kualiti) dalam menentukan sesebuah filem itu layak atau tidak diberi kuantiti panggung tertentu.
Tanpa berselindung, pengarah itu mendakwa dalam proses mengumpul bukti berkaitan seandainya wujud sebarang penyelewengan di dalam SWT untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.
Terdahulu, Ahmad Idham pernah meluahkan kekecewaan ke atas SWT yang didakwa ‘endah tak endah’ dengan isu jumlah panggung sedikit menjejaskan kutipan filem terbitan produksi kecil tempatan.
Bagaimanapun, Pengerusi SWT, Zaharin Aris menyangkal dakwaan dibuat pengarah dan penerbit itu yang dianggap mempertikaikan kredibiliti pihaknya seperti disiarkan Harian Metro pada 28 Februari lalu.
The post Hantu Wangan di 43 panggung appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Hantu Wangan di 43 panggung
Anda sekarang membaca artikel Hantu Wangan di 43 panggung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/hantu-wangan-di-43-panggung_16.html