Haram PAS Sertai Politik Fitnah Dan Andaian

Haram PAS Sertai Politik Fitnah Dan Andaian - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Haram PAS Sertai Politik Fitnah Dan Andaian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Haram PAS Sertai Politik Fitnah Dan Andaian
link : Haram PAS Sertai Politik Fitnah Dan Andaian

Baca juga


Haram PAS Sertai Politik Fitnah Dan Andaian

KUALA LUMPUR – Haram bagi PAS menyertai budaya fitnah semata-mata untuk menjatuhkan pihak lain secara mutlak, tanpa sempadan dan perhitungan akhlak.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, haram bagi PAS mengabaikan sesuatu perkara itu benar atau tidak hanya untuk menjatuhkan lawan politik sehingga matlamat menghalalkan cara.

Beliau turut mengingatkan PAS tidak mengizinkan budaya menghukum lawan secara andaian dan hanya menggunakan perkataan ‘kalau’ bagi mencapai kemenangan secara murahan.

Kata beliau, hadis sahih muslim menyebut rasulullah bersabda maka sesungguhnya perkataan ‘kalau’ seringkali membuka kerja syaitan.

“PAS wajib menerima kebenaran daripada semua pihak dan begitu juga menentang kebatilan.

“PAS juga melaksanakan konsep Taawun (bertolong-menolong dalam perkara kebajikan dan haram bertolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan)

“PAS tidak boleh bersama pihak yanf membudayakan pendekatan yang tidak berakhlak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh Pakatan Harapan keatas kerajaan dan Taawun antara PAS dan kerajaan dalam perkara kebajikan.

Abdul Hadi berkata, PAS kini ditentang daripada segenap penjuru dengan serangan fitnah dan sebagainya oleh pihak lain yang mahu memaksa PAS mengikut telunjuknya.

Bagaimanapun, dakwanya, ahli dan cawangan PAS tetap bertambah berlipat kali ganda daripada jumlah yang dipecat atau melarikan diri disebalik serangan itu.

Beliau memberi contoh PAS difitnah menerima 90 juta daripada UMNO dan hanya yang dangkal politik boleh menerima tuduhan yang dilemparkan dari United Kingdom.

Tambah beliau, ada pula yang melemparkan tuduhan bahawa PAS parti pengacau walhal PAS sudah wujud di kawasan dan cawangan yang dimaksudkan sejak puluhan tahun lalu.

“Dia yang menuduh itu, hanya parti yang baharu ditubuhkan dan mahu menumpang jentera PAS dan menuduh PAS pula yang kacau daun. Inilah politik yang tidak matang dan sejahtera.

“Hanya Melayu yang mudah lupa sahaja boleh menerimanya atau bukan Melayu yang mudah lupa juga dan mahu menempah huru-hara tanpa menghormati kedudukan umat Islam yang menerima mereka bersama dalam masyarakat majmuk,” katanya.

Terdahulu, beliau mempersoalkan mengapa bukan Islam boleh menerima berbagai ideologi asing ciptaan barat, tetapi konsep wasatiyyah politik dan ekonomi Islam tidak boleh dilaksanakan dalam masyarakat majmuk.


Demikianlah Artikel Haram PAS Sertai Politik Fitnah Dan Andaian

Sekianlah artikel Haram PAS Sertai Politik Fitnah Dan Andaian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Haram PAS Sertai Politik Fitnah Dan Andaian dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/haram-pas-sertai-politik-fitnah-dan.html

Subscribe to receive free email updates: