Hargai peluang keemasan

Hargai peluang keemasan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hargai peluang keemasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hargai peluang keemasan
link : Hargai peluang keemasan

Baca juga


Hargai peluang keemasan

Bermula 5 Mac lalu , ntv7 memperkenalkan saluran hiburan baru untuk memenuhi selera penonton. Daripada rancangan bual bicara pagi hingga rancangan hiburan khas untuk tontonan seisi keluarga.

Antara program bual bicara terbaru ialah It’s Alif! yang dikendalikan penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal Alif Satar.

Buat julung kali Alif mengendalikan program bual bicaranya sendiri iaitu It’s Alif! yang akan menemui penonton ntv7 setiap Selasa jam 9.30 hingga 10.30 malam mulai 6 Mac lalu.

Alif akan menyajikan hiburan ringan tetapi padat dengan topik menarik daripada mata seorang lelaki.

Program ini turut menampilkan selebriti popular tanah air sebagai tetamu jemputan bagi merancakkan lagi suasana.

Antaranya untuk episod kedua program It’s Alif menampilkan pelakon Syarifah Amani, Izzue Islam, Kilafairy dan DJ Aku Ash.

Menurut penerbit program ini, Syazreena Mohd Kassim, It’s Alif itu dihasilkan sebanyak tiga musim dengan menampilkan 39 episod.

“Matlamat kami adalah menerbitkan rancangan bual bicara bertaraf antarabangsa seperti Jimmy Kimmel.

“Namun, program ini disesuaikan dengan gaya tempatan untuk memenuhi cita rasa penonton setia ntv7.

“Dalam episod pertama, Alif memakai kasut tumit tinggi untuk melihat sudut pandang wanita,” katanya.

Syazreena ditemui pada sesi rakaman episod kedua program bual bicara It’s Alif yang berlangsung di Studio ntv7, Glenmarie, Shah Alam, kelmarin. Me­ngulas pemilihan Alif selaku hos, kata Syazreena, pihak­nya yakin dengan karisma jejaka itu untuk mengendalikan program bual sendiri.

“Pihak kami pernah bekerjasama dengannya dalam program Clever Girl dan dia mampu mengendalikan penonton dalam program itu dengan baik.

“Selain memiliki karisma, Alif juga sangat positif dalam segala hal dan ia memudahkan kami berbincang dengannya sekali gus memberikan yang terbaik pada program ini,” katanya.

Alif hargai peluang

Sepanjang 12 tahun dalam bidang seni, Alif sangat bersyukur diberi kepercayaan mengendalikan program bual bicaranya sendiri.

Menurut Alif, lebih bermakna, program bual bicara itu menggunakan namanya sendiri.

“Sebelum ini, saya hanya menonton program kendalian Pak Nil, Datuk AC Mizal dan Awal Ashaari.

“Kini, saya pula diberikan peluang mengendalikan program bual bicara sendiri,” katanya.

Alif berkata, dia juga sangat menghargai peluang yang diberikan penerbit untuk mengendalikan program bual bicara itu.

“Saya pernah buat program bual bicara sebelum ini dan apa yang penting penonton terhibur.

“Saya juga akan menemu bual artis jemputan dengan cara yang lebih relaks dan buat mereka selesa.

“Topik yang dibincangkan juga lebih santai dan bukan saja membabitkan dunia hiburan semata-mata,” katanya.

Namun, kata Alif dia tetap gementar menanti maklum balas penonton nanti.

“Saya baru selesai rakam dua episod dan masih mencari rentak sekali gus memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.

“Pastinya ada tekanan untuk menarik penonton menyaksikan program ini setiap minggu.

“Saya berdoa semoga program ini mendapat sambutan dan rating yang bagus nanti,” katanya.

The post Hargai peluang keemasan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hargai peluang keemasan

Sekianlah artikel Hargai peluang keemasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hargai peluang keemasan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/hargai-peluang-keemasan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :