link : ‘Haters’ Provok, Peminat Beri Sokongan Kepada Kak Gee
‘Haters’ Provok, Peminat Beri Sokongan Kepada Kak Gee
Semalam, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan satu lagi berita panas mengenai suami kepada diva popular Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka, pada 25 Februari lalu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.
Berita tersebut secara tidak langsung menimbulkan pelbagai tanda tanya ramai mengenai sekaligus pelbagai spekulasi termasuklah ada yang mendakwa rumah tangga penyanyi yang popular dengan lagu Puncak Kasih itu sedang mengalami masalah.
Lapor mStar online menyebut, Ziana atau lebih mesra dengan panggilan Kak Gee bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes suaminya itu dan menyifatkan ia terlalu peribadi. Dia juga meminta masyarakat memberinya ruang untuk menyelesaikan hal keluarganya.
Ekoran isu tersebut, akaun sosial Instagram Ziana @iamzianazain, dihujani dengan pelbagai komen daripada pengikutnya yang rata-rata memberikan sokongan. Walaupun terdapat segelintir pengikut seolah-olah memberi komen berbaur provokasi namun kebanyakannya berharap agar selebriti itu dapat menyelesaikan konflik yang melanda keluarga itu dengan secara baik.
..
Sebagai isteri dan ibu, Ziana semestinya tahu apa yang terbaik untuk keluarganya dan pasti ada sebab kukuh mengapa dia bertindak membuat laporan polis terhadap suaminya.
Kepada peminat, teruskanlah memberi sokongan serta doakan yang baik-baik buat diva kesayangan ramai ini.
Terdahulu laporan media menyebut, mengikut pertuduhan, Armin yang tidak bekerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.
Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.
Armin bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaliknya memberikan alasan niatnya hanya mahu mengajar anaknya itu mengaji dan bersolat.
Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
The post ‘Haters’ Provok, Peminat Beri Sokongan Kepada Kak Gee appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel ‘Haters’ Provok, Peminat Beri Sokongan Kepada Kak Gee
Anda sekarang membaca artikel ‘Haters’ Provok, Peminat Beri Sokongan Kepada Kak Gee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/haters-provok-peminat-beri-sokongan.html