link : Hotel Layankan Kehendak Merepek Pelanggan, Nah! Jeff Goldblum Penuh Satu Bilik
Hotel Layankan Kehendak Merepek Pelanggan, Nah! Jeff Goldblum Penuh Satu Bilik
Sebuah hotel terkemuka di Singapura terpaksa melayan kerenah sekaligus memenuhi permintaan pelik satu pasangan suami isteri yang mengarahkan pihak hotel meletakkan gambar aktor terkenal Hollywood iaitu Jeff Goldblum di sebelah katil di dalam bilik yang ditempah oleh mereka.
Mulanya, pasangan yag berasal dari Perth, Australia itu menerima email daripada pihak pengurusan hotel Marriott Tang Plaza yang bertanya samada mereka mahu menaiktaraf bilik yang ditempah, termasuklah sekiranya mereka mahu membuat apa-apa permintaan.
Gembira dengan tawaran tersebut, si suami yang dikenali sebagai Elliot Woolf pun menyatakan hasrat sekiranya pihak hotel boleh meletakkan gambar bintang Jurassic Park itu di sebelah katil dalam bilik mereka.
Walaupun menganggap permintaan pelanggan mereka itu merepek dan tidak masuk akal, namun pihak Marriott Tang Plaza Hotel tetap memenuhi ‘kemahuan’ Mr Woolf dan isterinya.
Malah lebih daripada yang di sangka dan agak mengejutkan, bukan saja di sebelah katil tetapi gambar figura berusia 65 tahun itu memenuhi setiap ruang bilik pasangan tersebut termasuklah di bahagian ruang televisyen dan di bilik mandi.
..
“Saya meletakkan beg saya dan terpandang satu kolaj berserta tulisan ‘Jeff Goldblum Menyambut Elliott’ (‘Jeff Goldblum Welcomes Elliott’),” kata Woolf seperti yang dilaporkan News Straits Times
“Saya telah menerima e-mel dari hotel seminggu sebelum kami pergi, bertanya sama ada kami berminat untuk menaik taraf bilik kami, atau jika kami mempunyai sebarang permintaan khas.
“Saya teringat mengenai satu artikel di mana seseorang selalu meminta foto Ryan Gosling di bilik mereka ketika menginap di sebuah hotel, jadi saya fikir saya akan pergi bercuti bersama isteri, tanpa benar-benar mengharapkan apa-apa untuk datang darinya.
“Saya dan isteri saya adalah peminat (Jeff Goldblum),” katanya yang juga merupakan seorang pemilik kilang perabot.
..
Woolf juga memberitahu dia pernah berkunjung ke Singapura beberapa kali sebelum ini untuk perniagaan dan ini adalah kali pertama dia membawa isterinya bercuti selama lima hari di negara itu.
“Ia betul-betul diluar jangkaan saya dan apa yang saya minta. Saya tidak percaya. Foto-foto Jeff terpampang di seluruh bilik,” tuturnya dengan penuh teruja.
Dia juga berkongsi beberapa gambar menunjukkan ‘dekorasi istimewa’ biliknya di laman sosial. Postingnya mencuri tumpuan pengguna media sosial sekaligus tular.
..
Dengan layanan istimewa yang diterima daripada hotel bertaraf lima bintang itu, Woolf meluahkan rasa lega dan sekurang-kurangnya dia dapat melupakan kepenatannya terpaksa melalui perjalanan dan penerbangan yang panjang. Dia juga memuji perkhidmatan yang diberikan hotel tersebut yang sentiasa bertanya sekiranya dia memerlukan apa-apa bantuan.
“Sekurang-kurangnya letih saya hilang sebaik saja saya berada di atas katil, saya dapat melihat gambar Jeff Goldblum di manan-mana dan ia menghibur saya,” katanya.
Ini bukan kali pertama kes pelanggan hotel meminta foto selebriti di bilik hotel mereka.
Pada 2016, tetamu di hotel The Huntley di Santa Monica, California, meminta gambar-gambar berbingkai Goldblum untuk dipaparkan di dalam biliknya.
Pada 2015, tetamu di hotel Indigo: San Antonio-Riverwalk di Texas meminta foto Nicolas Cage dalam filem Con Air.
The post Hotel Layankan Kehendak Merepek Pelanggan, Nah! Jeff Goldblum Penuh Satu Bilik appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Hotel Layankan Kehendak Merepek Pelanggan, Nah! Jeff Goldblum Penuh Satu Bilik
Anda sekarang membaca artikel Hotel Layankan Kehendak Merepek Pelanggan, Nah! Jeff Goldblum Penuh Satu Bilik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/hotel-layankan-kehendak-merepek.html