link : HUKUM UNDI PAS HARAM: PERBALAHAN BERTERUSAN DI DALAM AMANAH
HUKUM UNDI PAS HARAM: PERBALAHAN BERTERUSAN DI DALAM AMANAH
Perbalahan di dalam AMANAH mengenai kenyataan Naib Presiden AMANAH, Husam Musa, di dalam ceramah beliau di Kuala Krai dua hari lalu bahawa “haram undi PAS dan dapat pahala undi Pakatan Harapan” berterusan lagi hari ini nampaknya.
Di satu pihak, pemimpin seperti Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani, dengan lantang menulis beliau “menolak sekeras-kerasnya kenyataan YB Husam yang mengatakan undi PAS haram dan undi PH dapat pahala”.
Lebih menarik lagi ialah tindakan Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, menulis “Mengundi PAS di zaman ATGNA mungkin wajib, tetapi mengundi PAS dalam PRU 14 ini boleh menjadi haram kerana PAS sekarang yang sudah tidak serupa lagi dengan PAS di zaman ATGNA” dan “Memilih pemimpin yang lemah dan terbukti telah gagal adalah haram bila ada pemimpin yang lebih baik daripadanya di segi kepimpinan, syakhsiah dan ilmu”.
Ia menarik kerana di dalam ucapan beliau mengenai “haram undi PAS” ini, Husam Musa sendiri menegur Che Ibrahim Mohamed kerana menyebut “mengundi memangkah ni tidak terlibat dengan hukum” dengan berkata “Ustaz Che Ibrahim tadi ambo ada selisih sikit dengan dia, bukan selisih begapo sangat, selisih sebagai sahabat. Dia kata mengundi memangkah ni tidak terlibat dengan hukum. Dia (mengundi memangkah ni) terlibat dengan hukum.”
Ia menarik kerana membolehkan kita melihat bagaimana seorang yang berpendidikan agama seperti Che Ibrahim Mohamed, yang sebelum ini ditegur oleh Husam Musa kerana menyebut “mengundi memangkah ni tidak terlibat dengan hukum”, kini, setelah Husam Musa diserang oleh sebahagian pemimpin AMANAH di negeri-negeri lain, membuat U-Turn dengan menyokong pula kenyataan Husam Musa mengenai keharaman mengundi PAS ini, malah mengisytiharkan pula “WAJIB ATAS AMBO DAN KELUARGA UNDI PH DALAM PRU 14 NI DAN HARAM ATAS AMBO DAN KELUARGA AMBO SOKONG PAS ATAU BN”.
Soalnya sekarang ialah ke manakah perginya Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang, dan Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Abdul Ghani Shamsuddin, mahupun Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, dan Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub?
Betullah telahan saya bahawa nampaknya perjalanan AMANAH makin huru hara.

Demikianlah Artikel HUKUM UNDI PAS HARAM: PERBALAHAN BERTERUSAN DI DALAM AMANAH
Sekianlah artikel HUKUM UNDI PAS HARAM: PERBALAHAN BERTERUSAN DI DALAM AMANAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HUKUM UNDI PAS HARAM: PERBALAHAN BERTERUSAN DI DALAM AMANAH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/hukum-undi-pas-haram-perbalahan.html