Isu Murtad: Muslim Pakatan Jangan Jadi Munafik!

Isu Murtad: Muslim Pakatan Jangan Jadi Munafik! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Murtad: Muslim Pakatan Jangan Jadi Munafik!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Murtad: Muslim Pakatan Jangan Jadi Munafik!
link : Isu Murtad: Muslim Pakatan Jangan Jadi Munafik!

Baca juga


Isu Murtad: Muslim Pakatan Jangan Jadi Munafik!

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pihak bahawa agama Islam bukan seperti pakaian yang boleh dipakai dan dibuka bila mahu.
Menurut beliau, Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana mereka yang memeluk Islam tidak mudah untuk murtad selepas mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Dalam Islam ada ikatan kalimah syahadah iaitu perjanjian dengan Allah S.W.T. Mereka yang murtad dianggap mungkir janji dan mengkhianati Allah S.W.T.

“Sebab itu Islam memberi penegasan yang kuat bahawa mereka yang memeluk Islam tidak akan semudah-mudahnya boleh murtad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas desakan Pakatan Harapan Sarawak supaya kerajaan membuat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam secara sukarela.

Desakan itu ditandatangani Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian dan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Sarawak, Fidzuan Zaidi.

Abdul Hadi dalam pada itu mengingatkan Perlembagaan Persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid di United Kingdom sewaktu negara ini mahu mengecapi kemerdekaan.

Menurut beliau, parti perikatan terdiri daripada UMNO, PAS, MCA dan MIC mencapai kesepakatan meminta Suruhanjaya Reid meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan, manakala agama lain bebas diamalkan oleh penganutnya.

Kata beliau, atas faktor itu sewajarnya Islam sebagai agama Persekutuan dan dominan dalam negara ini terus diperkasakan, bukan cuba direndahkan seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan.

Malah, katanya, banyak ayat yang menunjukkan Allah S.W.T sama sekali tidak mengizinkan ada agama lain mengatasi Islam.

Justeru, katanya, mana-mana umat Islam yang bersikap sebaliknya dan dipergunakan oleh musuh Islam memiliki sifat-sifat orang munafik dan beliau turut mengingatkan urusan Islam hanya boleh diuruskan oleh umat Islam.


Demikianlah Artikel Isu Murtad: Muslim Pakatan Jangan Jadi Munafik!

Sekianlah artikel Isu Murtad: Muslim Pakatan Jangan Jadi Munafik! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Murtad: Muslim Pakatan Jangan Jadi Munafik! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/isu-murtad-muslim-pakatan-jangan-jadi.html

Subscribe to receive free email updates: