Jadi Liabiliti, Husam Musa Ditolak Parti Sendiri

Jadi Liabiliti, Husam Musa Ditolak Parti Sendiri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jadi Liabiliti, Husam Musa Ditolak Parti Sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jadi Liabiliti, Husam Musa Ditolak Parti Sendiri
link : Jadi Liabiliti, Husam Musa Ditolak Parti Sendiri

Baca juga


Jadi Liabiliti, Husam Musa Ditolak Parti Sendiri

PEMIMPIN Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa semakin teruk merosakkan dirinya sendiri melalui isu demi isu yang ditimbulkan sendiri.
Kenyataan terbaru beliau mendakwa mengundi PAN dan Pakatan Harapan (PH) boleh mendapat pahala manakala mengundi parti bulan (PAS) hukumnya haram.

“Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah,” kata Husam dipetik media.

Apa yang paling menonjol di sini ialah sikap mahu menghukum dalam proses politik, menetapkan halal atau haram mengundi parti-parti tertentu.

Husam yang selama ini dikenali sebagai tokoh dari golongan profesional yang kononnya bersikap progresif dalam PAS akhirnya menunjukkan wajah tersembunyinya yang mahu menghukum dengan hukum agama dalam menarik sokongan untuk partinya.

Sebelum ini, sebagai orang kepercayaan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Husam bersetuju sekiranya dikatakan dapat pahala undi PAS, partinya sendiri yang memerintah negeri Kelantan.

Lebih-lebih lagi sebagai pemimpin yang pernah disebut-sebut bakal menggantikan Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan, tentu sebelum ini Husam tidak menolak kalau dikatakan dapat pahala undi PAS.

Kali ini dalam Parti Amanah Negara (PAN), Husam mengeluarkan “fatwa” haram undi PAS dan dapat pahala undi PAN.

Kenyataan kontroversi terbaru Husam ini terus menerima kecaman dari pemimpin-pemimpin PAN sendiri.

Pemimpin pemuda PAN Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan mengkritik kenyataan Husam itu di laman Facebook beliau.

Seorang lagi pemimpin PAN, Pengarah Komunikasi PAN Selangor, Jamzuri Ardani juga menolak kenyataan Husam yang mengeluarkan hukum agama itu.

Pemimpin-pemimpin PAN berbalas-balas komen sesama sendiri di laman Facebook Nik Abdul Razak yang dikenali lantang mengkritik pemimpin partinya sendiri.

Sebelum ini, Nik Abdul Razak mengkritik Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi yang mewajarkan tindakan Pengerusi PAN Kelantan, Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, memanggil PAS dengan gelaran “PIGS” (PAS, Ikatan, Gagasan Sejahtera).

Perbalahan terbaru dalam PAN ini bukan sahaja menunjukkan perbezaan ketara dalam parti itu, tetapi juga menjadi satu kayu ukur penerimaan terhadap Husam yang kebelakangan ini terlibat dalam beberapa kenyataan dan aksi memalukan.

Tahun lepas, Husam dalam satu rakaman video mengiklankan “sumbu jimat minyak” yang menyebabkan beliau ditertawakan oleh netizen dan dikecam hebat oleh komuniti sains tempatan.

Baru-baru ini, Husam muncul lagi dalam rakaman video, kali ini bercerita tentang sejenis rumput yang suka dimakan oleh lembu.

Dalam rakaman itu, beliau sendiri telah cuba merasa rumput tersebut, mencetuskan aksi lucu yang sekali lagi mengundang ejekan ramai.

Aksi dan kenyataan beliau yang serba tidak menjadi kebelakangan ini telah mencetuskan penentangan secara senyap dan terbuka terhadapnya.

Ada yang tidak bersetuju sejak awal kemasukan Husam ke dalam PAN, yang boleh menggugat pemimpin tertentu daripada naik kerana imej Husam sebagai pemimpin yang agak kuat.

Kesilapan-kesilapan beliau akhirnya dijadikan alasan untuk menolak bekas pemimpin berpengaruh PAS ini.

Husam kini telah menjadi liabiliti kepada PAN dan PH hasil kesilapan-kesilapannya yang merosakkan imej beliau dan parti yang beliau wakili.

Husam sekarang bukan lagi Husam yang dahulu, yang dilihat sebagai pemimpin harapan masa depan, profesional dan progresif tetapi sebagai politikus terdesak yang sudah semakin tumpul dan hilang sentuhan.

Semasa masih menjadi exco Kelantan, beliau dilihat sebagai bakal menteri besar di negeri, dan di peringkat pusat dalam PAS, disebut-sebut boleh melonjak lebih tinggi sehingga mampu mencapai timbalan presiden.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini, Husam bakal menempuh jalan yang lebih sukar dalam mencari kerusi untuk ditandingi, membina kekuatan dan jentera untuk berkempen dan memegang peranan sebagai pemimpin dalam PAN.


Demikianlah Artikel Jadi Liabiliti, Husam Musa Ditolak Parti Sendiri

Sekianlah artikel Jadi Liabiliti, Husam Musa Ditolak Parti Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jadi Liabiliti, Husam Musa Ditolak Parti Sendiri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/jadi-liabiliti-husam-musa-ditolak-parti.html

Subscribe to receive free email updates: