link : Jangan paksa saya ambil tindakan undang-undang!
Jangan paksa saya ambil tindakan undang-undang!
SELAIN laman rasmi peminat, pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof bertegas tidak mempunyai akaun peribadi di laman sosial Facebook (FB).
“Saya tiada langsung acc FB peribadi. Saya cuma ada FB acc untuk FAN PAGE sahaja. Itupun ADMIN yang jaga,” tulisnya di Instagram (IG).
Susulan itu, selebriti berusia 34 tahun ini memohon orang ramai agar tidak terpedaya dengan kewujudan laman FB palsu yang menggunakan namanya.
Lebih memburukkan lagi, katanya, kenyataan dalam akaun palsu tersebut membabitkan hal-hal politik.
“Sekali lagi nama saya disalah guna oleh pihak tak bertanggungjawab di FB. Sebelum ini pun dah banyak kali dah, kali ini guna FB palsu atas nama saya untuk buat kenyataan politik pula.
“Anda janganlah mudah percaya dengan fitnah yang mengaitkan nama saya dalam isu politik ataupun apa saja.
“Jangan mudah percaya sebab ramai buat fake Acc Syamsul Yusof. Jadi berhati-hatilah selepas ini,” luahnya lagi.
Malah, bintang filem KL Special Force ini juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia masih berterusan.
“Jangan paksa saya untuk ambil tindakan undang-undang! STOP menyamar dan salah guna nama saya di sosial media!,” tegasnya sambil disertai #TolongSebarkan.
The post Jangan paksa saya ambil tindakan undang-undang! appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Jangan paksa saya ambil tindakan undang-undang!
Anda sekarang membaca artikel Jangan paksa saya ambil tindakan undang-undang! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/jangan-paksa-saya-ambil-tindakan-undang.html