Jika Semuanya Tersilap, Bermakna, Dia Seorang Yang Gagal

Jika Semuanya Tersilap, Bermakna, Dia Seorang Yang Gagal - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jika Semuanya Tersilap, Bermakna, Dia Seorang Yang Gagal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jika Semuanya Tersilap, Bermakna, Dia Seorang Yang Gagal
link : Jika Semuanya Tersilap, Bermakna, Dia Seorang Yang Gagal

Baca juga


Jika Semuanya Tersilap, Bermakna, Dia Seorang Yang Gagal

Satu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berbangga dengan mendakwa, dia amat jarang melakukan kesilapan sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun. Dia seringkali mendakwa, apa yang dia lakukan hanyalah untuk negara dan dia tidak akan sesekali melakukan sesuatu perkDarara yang boleh merugikan negara dan rakyat.

Malah, dia dengan bangganya mendakwa, dia mungkin ada melakukan kesilapan namun memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 1998, bukanlah satu kesilapan. Dia kekal dengan pendirian bahawa Anwar memang seorang pesalah seksual dan wajar digugurkan dari kepimpinan tertinggi negara.

Dia juga pernah mendakwa bahawa tandbir urus negara seperti kewangan, sentiasa dia titik beratkan. Dia enggan melihat negara berada dalam kedudukan yang cukup goyah dari sudut ekonomi dan tidak akan sesekalipun melakukan kesilapan perhintungan yang boleh merugikan negara.

Hakikatnya, setelah menyertai Pakatan Harapan menerusi partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), segala-galanya berubah. Bukan sekali, tetapi tiga kali Mahathir mendakwa, dia melakukan kesilapan apabila memecat Anwar pada 1998. Menariknya, dia menyalahkan pihak lain punca Anwar dipecat seperti laporan yang diterima dari pihak polis dan sebagainya yang mendorongnya memecat Anwar.

Malah, dia yang dahulu mendakwa tidak akan sesekali melakukan kesilapan perhitungan dalam urus tadbir wang negara juga sekali lagi didapati sering melakukan kesalahan dalam setiap keputusan. Jika mahu disenaraikan segala kesilapannya seperti skandal Perwaja Steel, Proton, MAS, Forex dan BBMB, rasanya angka yang telah hilang begitu sahaja mencecah angka berbilion Ringgit.

Apa yang menariknya, Mahathir akan sentiasa menyalahkan orang lain seolah-olah dia langsung tidak bersalah. Lihat sahaja skandal Forex yang mana dia menjadikan Tan Sri Nor Mohd Yaacob sebagai “kambing hitam” bagi melepaskan dirinya. Jika ditanya kepadanya, dia hanya menjawab tidak ingat dan tidak tahu walhal segala keputusan melibatkan wang negara, harus melalui dirinya terlebih dahulu.

Melihat akan pengakuan kesilapan yang dilakukan oleh Mahathir ini, mudah untuk kita rangkumkan bahawa, Mahathir sebenarnya seorang yang gagal sepenuhnya. Manakan tidak, jika dahulu dia menjulang ego kononnya tidak melakukan sebarang kesilapan, hari ini dia mula mengakui kesilapan demi kesilapan yang dia lakukan sepanjang 22 tahun menerajui negara.

Bukankah lebih mudah untuk Mahathir memperakui bahawa dia sememangnya seorang yang gagal jika bersandarkan kepada semua kesilapan yang dia sendiri akui? Adakah kita mahu berketuakan seorang yang gagal sepenuhnya seperti Mahathir ini?


Demikianlah Artikel Jika Semuanya Tersilap, Bermakna, Dia Seorang Yang Gagal

Sekianlah artikel Jika Semuanya Tersilap, Bermakna, Dia Seorang Yang Gagal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jika Semuanya Tersilap, Bermakna, Dia Seorang Yang Gagal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/jika-semuanya-tersilap-bermakna-dia.html

Subscribe to receive free email updates: