Jumpa di mahkamah, kata Guan Eng kepada Abdul Azeez...Ada Duit Boleh Lah Lawan...Kalah Bayar

Jumpa di mahkamah, kata Guan Eng kepada Abdul Azeez...Ada Duit Boleh Lah Lawan...Kalah Bayar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jumpa di mahkamah, kata Guan Eng kepada Abdul Azeez...Ada Duit Boleh Lah Lawan...Kalah Bayar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jumpa di mahkamah, kata Guan Eng kepada Abdul Azeez...Ada Duit Boleh Lah Lawan...Kalah Bayar
link : Jumpa di mahkamah, kata Guan Eng kepada Abdul Azeez...Ada Duit Boleh Lah Lawan...Kalah Bayar

Baca juga


Jumpa di mahkamah, kata Guan Eng kepada Abdul Azeez...Ada Duit Boleh Lah Lawan...Kalah Bayar

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersedia untuk berdepan dengan tindakan saman yang akan dikemukakan pemimpin Majlis Tertinggi Umno Abdul Azeez Rahim, bersabit tuduhan rasuah berhubung projek lebuh raya dan terowong dasar laut.

Guan Eng juga menegaskan, beliau tidak akan memohon maaf kerana mengaitkan Abdul Azeez dengan bayaran perundingan RM3 juta oleh pemaju projek, Konsortium Zenith.

"Jumpa anda di mahkamah. Saya sedia berdepan dengan saman yang akan difailkan Azeez," kata Guan Eng kepada pemberita di pejabatnya di Komtar, Pulau Pinang.

Semalam, Abdul Azeez memberi tempoh empat hari kepada Guan Eng untuk memohon maaf.

Beliau juga menuntut Setiausaha Agung DAP itu, untuk menarik balik semua kenyataan fitnahnya yang mengaitkan dirinya dengan bayaran perundingan RM3 juta daripada pemaju berkenaan.

Namun jika Guan Eng gagal berbuat demikian, satu tindakan saman akan dikemukakan.

Malah Guan Eng tetap mempertahankan tuduhannya itu, apabila beliau hanya meminta penjelasan daripada notis tuntutan yang dikeluarkan Konsortium Zenith kepada Abdul Azeez.

“Mereka patut ambil tindakan terhadap pihak yang memberikan notis tuntutan kepadanya.

“Saya cuma merujuk kepada (surat) itu. Saya hanya menyoal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (apa pelan tindakan mereka terhadap Azeez), bukan dia,” katanya lagi.

Guan Eng dilaporkan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Abdul Azeez yang didakwa menerima bayaran RM3 juta oleh Konsortium Zenith untuk khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan bagi projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Ahad lalu, Abdul Azeez memaklumkan Konsortium Zenith menyerahkan notis menarik balik tuntutan dan meminta maaf secara terbuka kerana mengaitkannya dengan projek terbabit.


Demikianlah Artikel Jumpa di mahkamah, kata Guan Eng kepada Abdul Azeez...Ada Duit Boleh Lah Lawan...Kalah Bayar

Sekianlah artikel Jumpa di mahkamah, kata Guan Eng kepada Abdul Azeez...Ada Duit Boleh Lah Lawan...Kalah Bayar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jumpa di mahkamah, kata Guan Eng kepada Abdul Azeez...Ada Duit Boleh Lah Lawan...Kalah Bayar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/jumpa-di-mahkamah-kata-guan-eng-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: