link : Kamal Adli main ‘bantai’ semua jenis cerita
Kamal Adli main ‘bantai’ semua jenis cerita
PELAKON Kamal Adli dilihat semakin serasi dengan pelbagai program komedi selepas merangkul gelaran juara Super Spontan Superstar 2017.
Bukan itu sahaja, pelakon drama rantaian Pergilah Air Mata ini juga terbabit mengacarakan program Lawak Ke Dik?
“Saya OK saja. Sekarang ini, saya main ‘bantai’ semua jenis cerita, saya tak kisah mana-mana pun.
“At the same time, saya masih lagi buat cerita-cerita yang serius,” katanya.
Terbaharu, Kamal berjinak-jinak dalam program berunsur kanak-kanak.
Mengakui senang, bahkan selebriti berusia 32 tahun ini begitu seronok melakukannya.
“Saya tahu saya kerap terlibat dalam program lawak. Kini, saya terbabit pula dalam cerita kanak-kanak.
“Tapi, sebenarnya saya happy malah seronok sangat melakukannya,” katanya pada sidang media pelancaran filem televisyen (FTV), Suatukala.
Suatukala membawakan tiga hikayat dongeng lama dari Nusantara iaitu Merah Puteh, Malin Kundang dan Badang yang diberi nafas baharu.
“Saya buat cerita ini sebab saya suka dengan latar belakangnya yang epik. Ala-ala zaman dulu.
“Malah, kanak-kanak hari ini tak ramai yang tahu akan kisah dongeng kerana lebih terdedah pada kartun-kartun Disney.
“Saya harap akan ada lagi cerita-cerita berkonsepkan seperti ini,” katanya.
Selain Kamal, Suatukala turut dibintangi Dynas Mokhtar, Amir Raja Lawak, Sharifah Shahira, Rykarl Iskandar, Wafiy Ilhan, Sweet Qismina, Syumaila, Qistina Raisah dan Firdaus Ghufran.
FTV ini bakal menemui penonton di saluran Astro First Eksklusif (480) dengan hanya RM15.90 mulai 15 Mac ini.
The post Kamal Adli main ‘bantai’ semua jenis cerita appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kamal Adli main ‘bantai’ semua jenis cerita
Anda sekarang membaca artikel Kamal Adli main ‘bantai’ semua jenis cerita dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/kamal-adli-main-bantai-semua-jenis.html