KEMBALI KEPADA SST AKAN SEBABKAN HARGA BARANG NAIK – KP KASTAM

KEMBALI KEPADA SST AKAN SEBABKAN HARGA BARANG NAIK – KP KASTAM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KEMBALI KEPADA SST AKAN SEBABKAN HARGA BARANG NAIK – KP KASTAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KEMBALI KEPADA SST AKAN SEBABKAN HARGA BARANG NAIK – KP KASTAM
link : KEMBALI KEPADA SST AKAN SEBABKAN HARGA BARANG NAIK – KP KASTAM

Baca juga


KEMBALI KEPADA SST AKAN SEBABKAN HARGA BARANG NAIK – KP KASTAM

Kembali kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya akan menyebabkan harga barangan meningkat kerana perubahan kepada sistem tersebut sangat mahal.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T. Subromaniam berkata, peniaga akan mengatakan mereka perlu melatih semula pekerja dan memberikan 1001 alasan dan kos tersebut akan dibebankan kepada pengguna.

“Hakikatnya, peniaga akan sekali lagi cuba mengambil untung berlebihan dan kita akan melihat satu lagi pusingan inflasi disebabkan perubahan sistem.

“Kos-kos ini akan dilepaskan kepada pengguna dan menyebabkan harga barangan meningkat. Ia akan menyebabkan peningkatan dua kali ganda.

“GST menghapuskan cukai dua kali di SST yang mana pengguna perlu membayar harga yang lebih adil kepada hampir kesemua barangan GST berbanding SST.

“Di bawah GST, terdapat ketelusan yang pengguna mengetahui sama ada barang mereka dikenakan cukai atau tidak dan mereka tahu jumlah yang perlu dibayar.

“Ini akan mengurangkan kesan pasaran gelap.

“Siapa yang anda cuba lindungi? Anda mahu menyokong perniagaan yang cuma bersembunyi di sebalik beberapa akaun?,” katanya kepada akhbar TheStar

Menurut Subromaniam, perolehan daripada GST akan digunakan untuk pembangunan dan sosial seperti penjagaan kesihatan dan infrastruktur.

Tahun lepas, kerajaan mengutip RM41 bilion daripada GST.

“GST adalah cukai pada masa depan kerana dunia kini sedang bergerak ke arah e-perdagangan dan ekonomi digital.

“Kita tidak mengenakan cukai kepada syarikat antarabangsa seperti Google atau Netflix. Kita hanya mengenakan cukai kepada syarikat tempatan seperti iflix.

“Lihat kepada Singapura, mereka telah mula melaksanakan GST ke atas perkhidmatan digital import menjelang 2020.

“Ia mempunyai potensi besar dari segi perolehan dan tidak munasabah untuk kembali semula kepada SST yang tidak boleh digunakan untuk ekonomi baharu,” katanya lagi sambil menambah GST telah dilaksanakan kepada lebih 160 negara tetapi tiada satu negara pun yang mengambil langkah kebelakang kembali kepada sistem percukaian lama.- theRakyat


Demikianlah Artikel KEMBALI KEPADA SST AKAN SEBABKAN HARGA BARANG NAIK – KP KASTAM

Sekianlah artikel KEMBALI KEPADA SST AKAN SEBABKAN HARGA BARANG NAIK – KP KASTAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KEMBALI KEPADA SST AKAN SEBABKAN HARGA BARANG NAIK – KP KASTAM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/kembali-kepada-sst-akan-sebabkan-harga.html

Subscribe to receive free email updates: