Kenapa PAS susah payah buat manifesto? soal Khalid Samad

Kenapa PAS susah payah buat manifesto? soal Khalid Samad - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa PAS susah payah buat manifesto? soal Khalid Samad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa PAS susah payah buat manifesto? soal Khalid Samad
link : Kenapa PAS susah payah buat manifesto? soal Khalid Samad

Baca juga


Kenapa PAS susah payah buat manifesto? soal Khalid Samad

SHAH ALAM: PAS sepatutnya tidak perlu bersusah-payah membuat manifesto memandangkan parti itu tidak berminat untuk menang pilihan raya, kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.

Pemimpin PAS sebelum ini pernah berkata partinya menyertai pilihan raya bukan untuk menang semata-mata namun lebih daripada itu, mereka mahu menyebarkan dakwah kepada masyarakat.

"Saya tidak tahu kenapa mereka (PAS) sibuk mahu buat manifesto sedangkan mereka sendiri pun tidak sibuk mahu tubuhkan kerajaan," katanya ringkas ketika dihubungi Antarapos.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung manifesto parti yang pernah dianutinya itu.

PAS menerusi Gagasan Sejahtera (GAGASAN) semalam mengumumkan melancarkan manifesto mereka dalam satu dalam Majlis Syarahan Perdana yang diadakan di Astana Banquet Hall, Cyberjaya.

Antara 20 tawaran utama dalam manifesto PAS adalah menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia.

Selain itu, PAS berhasrat melupuskan hutang peminjam PTPTN sedia ada dan memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan.

GAGASAN juga menjanjikan untuk melaksanakan penstrukturan semula kadar bayaran tol untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun.

Manifesto berkenaan juga terkandung perkara memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai Al Din, selain menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. 


Demikianlah Artikel Kenapa PAS susah payah buat manifesto? soal Khalid Samad

Sekianlah artikel Kenapa PAS susah payah buat manifesto? soal Khalid Samad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa PAS susah payah buat manifesto? soal Khalid Samad dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/kenapa-pas-susah-payah-buat-manifesto.html

Subscribe to receive free email updates: