Khalid Samad belum tahu nasibnya di Shah Alam..masuk bertanding pasti kalah

Khalid Samad belum tahu nasibnya di Shah Alam..masuk bertanding pasti kalah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khalid Samad belum tahu nasibnya di Shah Alam..masuk bertanding pasti kalah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khalid Samad belum tahu nasibnya di Shah Alam..masuk bertanding pasti kalah
link : Khalid Samad belum tahu nasibnya di Shah Alam..masuk bertanding pasti kalah

Baca juga


Khalid Samad belum tahu nasibnya di Shah Alam..masuk bertanding pasti kalah

SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi parti Amanah, Khalid Abdul Samad masih belum mengetahui nasibnya sama ada terus diberi tugas mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam atau tidak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Khalid mewakili Parlimen itu selama dua penggal selepas memenanginya menerusi tiket PAS pada PRU 2008 dan 2013.
 
"Itu ditentukan oleh partilah, belum lagi diputuskan.
 
"Biasanya bila dah bubar Parlimen baru diputuskan secara muktamad," katanya kepada Antarapos.
 
Untuk rekod, Khalid menyertai PAS pada 1983 dan pernah gagal dalam beberapa siri pilihan raya di Kuala Krai, Arau, Sri Gading dan Shah Alam.
 
Namun pada PRU12, Khalid menang di Parlimen Shah Alam menumpaskan penyandang Datuk Aziz Shamsuddin dari BN dengan majoriti 9,314 undi sementra pada PRU13 Khalid menewaskan calon BN  Datuk Zulkifli Noordin dengan majoriti undi 10,939 bagi kerusi Parlimen Shah Alam.
 
Menurut Khalid, beliau tidak gentar serta bersedia bertanding kembali di Parlimen Shah Alam berdepan PAS dan BN dalam PRU14 nanti.
 
"Kalau diamanahkan untuk terus di Shah Alam pun tiada masalah.
 
"Kalau diminta bertanding di kawasan lain pun tiada masalah," katanya.
 
Kerusi Parlimen Shah Alam milik PAS selama dua penggal sejak 2008 dan Khalid merupakan calon serta penyandang kerusi namun bertindak keluar parti dan menyertai Amanah, yang merupakan komponen Pakatan Harapan (PH).
 
Selain Shah Alam, dua lagi kerusi milik PAS iaitu Kota Raja dan Sepang turut bertukar tangan selepas penyandangnya Siti Mariah Mahmud serta Mohd Hanipa Maidin keluar parti dan bersama Amanah.
 
Ditanya peluang Amanah untuk menang di kerusi berkenaan, Khalid berkata beliau yakin pengundi di kerusi itu mengetahui rekod bekas pimpinan PAS itu sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
 
"Insya-Allah, walaupun dengan pensempadanan baru dan tiga penjuru," katanya.


Demikianlah Artikel Khalid Samad belum tahu nasibnya di Shah Alam..masuk bertanding pasti kalah

Sekianlah artikel Khalid Samad belum tahu nasibnya di Shah Alam..masuk bertanding pasti kalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khalid Samad belum tahu nasibnya di Shah Alam..masuk bertanding pasti kalah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/khalid-samad-belum-tahu-nasibnya-di.html

Subscribe to receive free email updates: