Khalid Samad Dikecam Netizen Lepas Dakwa Masalah Air Tidak Jejas Kehidupan Penduduk

Khalid Samad Dikecam Netizen Lepas Dakwa Masalah Air Tidak Jejas Kehidupan Penduduk - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khalid Samad Dikecam Netizen Lepas Dakwa Masalah Air Tidak Jejas Kehidupan Penduduk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khalid Samad Dikecam Netizen Lepas Dakwa Masalah Air Tidak Jejas Kehidupan Penduduk
link : Khalid Samad Dikecam Netizen Lepas Dakwa Masalah Air Tidak Jejas Kehidupan Penduduk

Baca juga


Khalid Samad Dikecam Netizen Lepas Dakwa Masalah Air Tidak Jejas Kehidupan Penduduk

KUALA LUMPUR – Selepas mengeluarkan kenyataan kononnya penduduk Shah Alam tidak terjejas dengan gangguan bekalan air, Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad dikecam hebat orang ramai dalam akaun Facebook beliau.

Ada yang mendakwa, mereka menyesal memberi undi kemenangan kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu kerana gagal mengambil berat masalah rakyat terutama ketika krisis bekalan air berlaku selama enam hari di Selangor bermula Selasa lalu.

Seorang netizen yang menamakan dirinya Tun Imran berkata, Khalid tidak turun padang melihat apa yang berlaku kepada rakyat ketika bekalan air terputus masuk hari ketiga Khamis lalu.

“Masalah air yang dihadapi di Shah Alam sekarang ini negeri Selangor yang telah diisytihar sebagai negeri termaju… Semalam YB Khalid Samad cakap di Parlimen apa yang berlaku tidak jejas rutin harian penduduk. YB tak turun padang mana tahu jejas tak jejas,” katanya.

Merujuk kenyataan yang disiarkan sebuah akhbar, netizen Syed Amin bertanya, betulkah kenyataan itu? (Jika) betul, beliau menyatakan perasaan kesalnya mengundi Khalid pada PRU 12 dan PRU 13.

Dalam kenyataan Rabu lalu, Khalid dilaporkan berkata, isu gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Selangor termasuk Shah Alam tidak menjejaskan rutin harian penduduk setempat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada sidang Dewan Rakyat di sini, baru-baru ini.

Che Mohamad Zulkifly turut bersimpati dengan nasib kawan-kawannya yang tinggal di Shah Alam mengeluh tidak ada air, kena tadah air lima enam tong.

Bagaimanapun, Khalid bagaikan tidak terkesan dengan keluhan itu secara selamba menjawab, “Ya ke? Saya balik Shah Alam tidak ada apa pun, semua ok sahaja, siap mandi, tidak ada masalah,” katanya.

Berikutan kenyataan (jawabannya) itu, beberapa netizen ‘menyerangnya’ dalam akaun Facebook beliau dengan meninggalkan komen dan ulasan yang tajam, sindir, menyesal serta kecewa.

Namun, semalam, sebaik kerja penyelenggaraan selesai dan air mula disalurkan berperingkat-peringkat, Khalid memuatnaik status mengucapkan tahniah kepada pekerja yang bekerja mengatasi masalah loji air di Selangor.

Ucapan tahniahnya itu disindir oleh seorang netizen, Ikram Syahidan yang meninggalkan komen:, “Baru menimbul (nampak muka), dua tiga hari lepas dok menyelam dalam lombong mana?

Malah netizen Mohamed Ridwan pula bertanya, air mana? Manakala netizen Encik Afique pula bertanya, masalah air di Shah Alam dah selesai ke? Kesian kami angkut air, esok boleh tumpang mandi rumah YB tak? tanya beliau. – MalaysiaGazette


Demikianlah Artikel Khalid Samad Dikecam Netizen Lepas Dakwa Masalah Air Tidak Jejas Kehidupan Penduduk

Sekianlah artikel Khalid Samad Dikecam Netizen Lepas Dakwa Masalah Air Tidak Jejas Kehidupan Penduduk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khalid Samad Dikecam Netizen Lepas Dakwa Masalah Air Tidak Jejas Kehidupan Penduduk dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/khalid-samad-dikecam-netizen-lepas.html

Subscribe to receive free email updates: