Khalwat: Pegawai kanan SPRM, staf mohon prosiding tertutup

Khalwat: Pegawai kanan SPRM, staf mohon prosiding tertutup - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khalwat: Pegawai kanan SPRM, staf mohon prosiding tertutup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khalwat: Pegawai kanan SPRM, staf mohon prosiding tertutup
link : Khalwat: Pegawai kanan SPRM, staf mohon prosiding tertutup

Baca juga


Khalwat: Pegawai kanan SPRM, staf mohon prosiding tertutup

Seorang pegawai kanan dan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling  bagi menghadapi tuduhan khalwat mereka berdua.

Bagaimana pun pertuduhan yang sepatutnya dibacakan terhadap mereka berdua ditangguhkan selepas Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Peguam Syarie, Fadhlina Sidek memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong permohonannya agar prosiding dijalankan secara tertutup.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 3 Mei depan untuk keputusan permohonan itu.

Terdahulu, Fadhlina yang mewakili pasangan itu membuat permohonan tersebut atas alasan dokumen yang akan dikemukakan sulit dan berkaitan dengan isu keselamatan negara.

Bagaimana pun, pegawai pendakwa, Fairus Jaafar membantah permohonan itu.

“Pertuduhan yang akan dikemukakan hanyalah melibatkan tatatusila individu.

“Tiada pihak lain terlibat, justeru ia perlu dibuat secara terbuka,” katanya.

Jaminan terhadap pasangan itu  masing-masing dibenarkan RM2,000 dengan seorang penjamin di kalangan penjawat awam.

Fairus ketika ditemui media mengesahkan pertuduhan akan dikemukakan mengikut Seksyen 29 (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu berkhalwat.

Pada 16 Disember lalu, Jabatan Agama Islam  Selangor (Jais) mengesahkan membuat tangkapan ke atas mereka berdua dalam operasi serbuan jam 3 pagi di sebuah kondominium di Seri Kembangan.

The post Khalwat: Pegawai kanan SPRM, staf mohon prosiding tertutup appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Khalwat: Pegawai kanan SPRM, staf mohon prosiding tertutup

Sekianlah artikel Khalwat: Pegawai kanan SPRM, staf mohon prosiding tertutup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khalwat: Pegawai kanan SPRM, staf mohon prosiding tertutup dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/khalwat-pegawai-kanan-sprm-staf-mohon.html

Subscribe to receive free email updates: