Kongsi pengalaman bina perniagaan

Kongsi pengalaman bina perniagaan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kongsi pengalaman bina perniagaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kongsi pengalaman bina perniagaan
link : Kongsi pengalaman bina perniagaan

Baca juga


Kongsi pengalaman bina perniagaan

“Saya melihat Fizo Omar sebagai ikonik untuk orang muda yang boleh memperkasakan golongan itu dalam merancakkan pembangunan ekonomi negara. Dia tidak perlu membadutkan diri seperti sesetengah orang untuk dikenali di laman sosial dan kita pula kekurangan hero dalam kalangan generasi muda,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Adun) Kuah, Langkawi, Nor Saidi Nanyan.

Nor Saidi memilih Fizo sebagai ikon program Rakan Strategik Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) selepas melihat rekod kejayaan dan pencapaian pelakon itu dalam perniagaan yang dibinanya dalam masa dua tahun.

Sementara itu, Fizo berkata, dia tidak menyangka penduduk Langkawi begitu menghargai usahanya dan menganggap peluang itu sa­ngat bermakna bukan sahaja buatnya malah kepada lebih 200 peserta yang mengikuti program Rakan Strategik LADA.

“Alhamdulillah, saya menerima pelantikan ini dengan hati terbuka dan apa yang penting peluang untuk berkongsi pengalaman membina perniagaan bersama mereka yang baru melangkah dalam lapangan ini.

“Yang Berhormat (Nor Saidi) beritahu saya mengenai peluang perniagaan yang terbuka luas di Langkawi terutama berkaitan pelanco­ngan yang belum dimanfa­atkan anak muda di sini. Diharap kehadiran saya dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk merebut peluang seperti yang dikatakan wakil rakyat mereka,” kata Fizo ketika ditemui selepas majlis perasmian Rakan Strategik LADA di Langkawi, baru-baru ini.

Menurut pelakon filem Isyarat Cinta itu, walaupun Langkawi sudah terkenal di dunia namun masih ba­nyak ruang belum diterokai sepenuhnya walhal ia boleh dikomersilkan.

“Saya ada mencadangkan kepada LADA yang bertanggungjawab memajukan pelancongan Langkawi beberapa perkara. Antaranya, perkhidmatan di Tasik Dayang Bunting dan Ayer Hangat Village yang saya lihat peluang sangat besar terutama dari perspektif pemasaran digital.

“Saya mengagumi usaha beliau untuk memperting­katkan ekonomi rakyat setempat seperti pembinaan gerai makanan tradisional di Tanjung Pandan, Pulau Tuba yang kini kembali ‘hidup’ dengan kehadiran pelancong dan insya-Allah saya di Fizo Omar Channel akan membantu sehabis daya dalam menjayakan lagi perancangan beliau,” katanya.

Awal Februari lalu, Fizo dan empat lagi wakil syarikatnya dibawa melawat ke beberapa lokasi pelancongan Pulau Lagenda itu seperti di Oriental Village, Gunung Machincang, Ayer Hangat Village, Pulau Tuba dan meninjau Tasik Dayang Bunting dari udara menaiki helikopter tajaan HeliOutPost.

“Kami juga dibawa menikmati makan tengah hari di gerai Mak Ngah Gulai Panas dan apa boleh saya katakan gulai ikan pancing yang disediakan sangat menyelerakan dan kalau saya ke Langkawi lagi, pasti saya ke sini lagi.” katanya.

The post Kongsi pengalaman bina perniagaan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kongsi pengalaman bina perniagaan

Sekianlah artikel Kongsi pengalaman bina perniagaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kongsi pengalaman bina perniagaan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/kongsi-pengalaman-bina-perniagaan.html

Subscribe to receive free email updates: