link : Konsert Malam Nostalgia tampil 12 artis veteran
Konsert Malam Nostalgia tampil 12 artis veteran
Seramai 12 artis veteran bakal membuat persembahan di Konsert Malam Nostalgia Lagenda pada 18 Mac depan.
Konsert ini merupakan anjuran bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), PR Charity Lane dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bakal berlangsung di Auditorium DBKL.
Lebih menarik, persembahan semua artis akan diiringi Orkestra Kuala Lumpur di bawah bimbingan Pengarah Muzik, Mohamad Adzan Mohd Fadzil .
Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, penganjuran konsert itu susulan daripada kejayaan berganda bagi program Malam Nostalgia Lagenda.
Selain itu, katanya, konsert ini juga bertujuan untuk membantu sekali gus menghargai usaha artis veteran tanah air.
“Konsert ini sebagai membuka peluang kepada mereka untuk meneruskan survival kerjaya seni.
“Lagi pula, ada yang jarang mendapat tawaran mengadakan persembahan pentas kerana perlu bersaing dengan kehadiran ramai artis baharu.
“Ia juga sebagai pentas untuk membuktikan mereka masih lagi mampu menghibur sekali gus mempunyai bisa tersendiri,” katanya.
Katanya, artis yang terlibat ialah Jay Jay, Rahimah Rahim, Fredo, Datuk Yusni Hamid, Herman Tino, Datin Paduka Julie Sudiro, V. Sarangapani, Rozita Rohaizad, Shidee dan Aspalela Abdullah.
“Konsert ini akan dihoskan oleh Imuda dan Abon,” katanya.
Sesiapa yang berminat, boleh mendapatkan Pas Masuk Percuma di talian Hotline: 03-26176300 (Anis Syafinaz – 9 pagi hingga 5 petang).
The post Konsert Malam Nostalgia tampil 12 artis veteran appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Konsert Malam Nostalgia tampil 12 artis veteran
Anda sekarang membaca artikel Konsert Malam Nostalgia tampil 12 artis veteran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/konsert-malam-nostalgia-tampil-12-artis.html