KPM luluskan hampir 16,000 permohonan guru duka lara

KPM luluskan hampir 16,000 permohonan guru duka lara - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPM luluskan hampir 16,000 permohonan guru duka lara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPM luluskan hampir 16,000 permohonan guru duka lara
link : KPM luluskan hampir 16,000 permohonan guru duka lara

Baca juga


KPM luluskan hampir 16,000 permohonan guru duka lara

KUALA LUMPUR: Hampir 16,000 permohonan pertukaran oleh guru duka lara bagi mengikut pasangan masing-masing, sudah diluluskan sepanjang tempoh Disember 2015 hingga akhir tahun lalu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sebanyak 7,000 permohonan lagi akan diproses pada Jun depan.

Katanya, kebanyakan permohonan diluluskan itu membabitkan mereka bertugas jauh dari keluarga melebihi lima tahun, sekali gus mengurangkan jumlah guru duka lara berkenaan.

Beliau berkata, baki guru duka lara bawah lima tahun juga akan dikurangkan dari semasa ke semasa.

"Guru terbabit dipindahkan atas permintaan mereka. Keseluruhan jumlah permohonan pertukaran guru duka lara ialah hampir 30,000.

"Bagaimanapun, bukan semua pasangan terbabit yang kedua-dua suami isteri adalah guru. Ada yang pasangan mereka dalam bidang kerjaya lain tetapi terpaksa tinggal berjauhan.

"Antara kriteria utama permohonan pertukaran guru terbabit ialah kekosongan jawatan, keperluan mata pelajaran di negeri yang dimohon dan kepentingan perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Transformasi Digital Kementerian Pendidikan - Ke Arah Pembelajaran Abad Ke-21 di sini, hari ini.

Sementara itu mengenai program berkenaan pula, Mahdzir berkata, kementerian bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi mempertingkat kualiti pembelajaran di Malaysia menerusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Permuafakatan antara kementerian dengan TM selaras aspirasi melaksanakan metodologi pembelajaran abad ke-21 di lebih 1,000 bilik darjah seluruh negara membabitkan sekolah di bandar dan luar bandar," katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu membabitkan empat tunjang utama, iaitu teras pertama - Pembelajaran Abad Ke-21, teras kedua (Enterprise Architecture), teras ketiga (Analitik Pendidikan) dan teras keempat (Perkhidmatan Nilai Tambah).

Katanya, kementerian dan TM akan bekerjasama mempromosi, mempermudah serta melaksanakan sistem transformasi digital bagi memastikan bidang pendidikan negara kekal berdaya saing dan dinamik.

Pada majlis sama, Mahdzir turut melancarkan pakej UniFi Mobile data tanpa had khusus untuk guru pada kadar RM59 sebulan dengan 10GB LTE Hotspot Tethering.

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KPM luluskan hampir 16,000 permohonan guru duka lara

Sekianlah artikel KPM luluskan hampir 16,000 permohonan guru duka lara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPM luluskan hampir 16,000 permohonan guru duka lara dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/kpm-luluskan-hampir-16000-permohonan.html

Subscribe to receive free email updates: