link : Krisis air: Jamal tak dapat mandi wajib
Krisis air: Jamal tak dapat mandi wajib
Krisis bekalan air di Selangor tidak akan berlanjutan sekiranya kerajaan negeri tidak mempolitikkan isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) menerusi kerjasama dengan kerajaan Persekutuan.
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sepatutnya tidak melengahkan lagi pembinaan Langat 2.
“Memandangkan Azmin rumahnya tidak terjejas dengan krisis air sebab saya lalu nampak ada satu tangki besar Syabas yang salur air terus ke rumahnya sedangkan rakyat lain tak mandi.
“Pernah satu ketika empat hari tak ada air mula, Rabu, Khamis dan Jumaat , biasanya hari Jumaat ini kewajipan sebagai seorang suami kepada isterinya jadi apabila malam itu kita melakukan tanggungjawab, pagi nak mandi wajib tapi air tak ada,” ulas Jamal ketika menjadi ahli panel wacana Sinar Harian semalam.
Katanya, beliau tidak dapat mandi hadas besar malah ingin bertayamun pun tidak tahu kaedahnya.
“Saya pertama kalinya sembahyang taubat sebab tidak dapat tunaikan tanggungjawab sebagai Muslim untuk tunaikan solat Subuh sebab ada ‘kerja’ malam tadi.
“Jadi saya datang ke SUK nak tumpang mandi di pejabat Menteri Besar,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar meminta Azmin agar segera meluluskan pembinaan Langat 2 bagi menyelesaikan krisis bekalan air yang kerap berlaku di negeri itu.
The post Krisis air: Jamal tak dapat mandi wajib appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Krisis air: Jamal tak dapat mandi wajib
Anda sekarang membaca artikel Krisis air: Jamal tak dapat mandi wajib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/krisis-air-jamal-tak-dapat-mandi-wajib.html