KRISIS AIR SELANGOR, MEGAT ZULKARNAIN GESA KONSESI AIR DIKEMBALIKAN KEPADA PUNCAK NIAGA

KRISIS AIR SELANGOR, MEGAT ZULKARNAIN GESA KONSESI AIR DIKEMBALIKAN KEPADA PUNCAK NIAGA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KRISIS AIR SELANGOR, MEGAT ZULKARNAIN GESA KONSESI AIR DIKEMBALIKAN KEPADA PUNCAK NIAGA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KRISIS AIR SELANGOR, MEGAT ZULKARNAIN GESA KONSESI AIR DIKEMBALIKAN KEPADA PUNCAK NIAGA
link : KRISIS AIR SELANGOR, MEGAT ZULKARNAIN GESA KONSESI AIR DIKEMBALIKAN KEPADA PUNCAK NIAGA

Baca juga


KRISIS AIR SELANGOR, MEGAT ZULKARNAIN GESA KONSESI AIR DIKEMBALIKAN KEPADA PUNCAK NIAGA

Kerajaan Selangor digesa untuk mengembalikan semula konsesi bekalan air kepada Puncak Niaga Holdings Berhad setelah gagal menanggani pelbagai isu, selain dilihat tidak mempunyai perancangan yang baik dalam menguruskan konsesi berkenaan.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak, Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata krisis bekalan air yang berlaku pada masa ini menjadi bukti bahawa kerajaan Selangor sememangnya tidak berpengalaman dalam mengendalikan sebarang kemungkinan sehingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada sebahagian besar kawasan di negeri ini.

Katanya, keputusan kerajaan Selangor dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengambil alih konsesi bekalan air sedia ada jelas hanya menimbulkan situasi huru-hara dan menjejaskan kehidupan sebahagian besar rakyat.

“Krisis bekalan air yang berlaku sekarang menjadi bukti jelas kerajaan Selangor sememangnya tidak berpengalaman sehingga menyusahkan hidup rakyat kerana terputus bekalan air.

“Seharusnya soal pengurusan sumber ini diberikan kepada pakar atau ahli dalam bidangnya. Bukan semua perkara boleh diuruskan oleh kerajaan negeri. Ada perkara yang perlu pihak lain untuk uruskan. Kalau tidak, inilah jadinya sehingga menyebabkan banyak tempat terputus sumber air bersih.

“Saya fikir pengurusan soal ini bekalan air ini perlu diserahkan semula kepada Puncak Niaga sebab mereka lebih arif seandainya berlaku sebarang kemungkinan krisis yang buruk seperti berlaku sekarang,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Tambahnya, konsesi bekalan air negeri ini yang diberikan kepada Puncak Niaga masih berbaki selama 15 tahun, namun telah diambil secara ‘paksa’ oleh kerajaan Selangor sehingga menyebabkan segala perancangan pengurusan sumber air yang dibuat tergendala dan menyebabkan krisis sedia ada.

“Saya dimaklumkan bahawa konsesi yang diberikan kepada Puncak Niaga masih mempunyai baki selama 15 tahun. Apabila kerajaan Selangor ambil alih (konsesi) secara paksa, banyak perancangan yang dibuat sebelum itu terpaksa diubah, contohnya Loji (Rawatan Air) Langat 2.

“Sebab zaman BN memerintah Selangor dahulu, kita sudah jangka akan berlaku krisis air. Jadi apabila berlaku pengambilalihan, perancangan membina Langat 2 pun tertangguh, malah hingga sekarang pun belum siap.

“Bayangkan kalau Langat 2 siap, boleh juga tampung apabila berlaku sebarang isu atau krisis macam sekarang ini.”

Megat Zulkarnain turut mengingatkan rakyat Selangor agar membuat pilihan tepat semasa memilih kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang ini agar krisis seperti ini tidak berulang.

“Saya harap rakyat Selangor buatlah pilihan yang tepat dengan memilih parti yang mampu menyelesaikan masalah rakyat, bukan menambahkan masalah seperti kepimpinan kerajaan negeri sekarang ini.”


Demikianlah Artikel KRISIS AIR SELANGOR, MEGAT ZULKARNAIN GESA KONSESI AIR DIKEMBALIKAN KEPADA PUNCAK NIAGA

Sekianlah artikel KRISIS AIR SELANGOR, MEGAT ZULKARNAIN GESA KONSESI AIR DIKEMBALIKAN KEPADA PUNCAK NIAGA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KRISIS AIR SELANGOR, MEGAT ZULKARNAIN GESA KONSESI AIR DIKEMBALIKAN KEPADA PUNCAK NIAGA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/krisis-air-selangor-megat-zulkarnain.html

Subscribe to receive free email updates: