link : KWSP SURI RUMAH: MANIFESTO PEMBANGKANG KETINGGALAN 8 TAHUN
KWSP SURI RUMAH: MANIFESTO PEMBANGKANG KETINGGALAN 8 TAHUN
Janji Pakatan Harapan diketuai DAP terutamanya untuk memperkenalkan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada golongan suri rumah dianggap sebagai ketinggalan selama lapan tahun.
Penganalisis politik, Abdul Jalil Backer berkata, inisiatif berkenaan telah pun dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jelas beliau, kepemimpinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sepatutnya menyemak dahulu semua inisiatif yang telah dilakukan BN sebelum membentangkan manifesto kerana perkara tersebut cuma memalukan diri sendiri.
“Manifesto Pakatan Harapan ketinggalan lapan tahun, inisiatif KWSP suri rumah sudah dilaksanakan Najib sejak tahun 2010 lagi,” katanya menerusi catatan di akaun Twitternya kelmarin.
Abdul Jalil turut memuat naik paparan gambar laman sesawang KWSP menunjukkan laporan berita mengenai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang telah diperluas kepada suri rumah.
Skim yang telah diperkenalkan sejak Januari 2010 telah membuka peluang kepada suri rumah menyertainya bagi merancang masa depan untuk menggalakkan golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan untuk persaraan.
Paparan gambar tersebut turut memperlihatkan skim berkenaan telah menarik minat 14,786 individu daripada pelbagai latar belakang termasuk pemandu teksi, nelayan, petani dan karyawan dengan jumlah caruman sebanyak RM13.2 juta.
Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pakatan pembangkang bersifat populis itu telah dilancarkan Khamis lalu yang antara lain menabur janji untuk memperkenalkan bayaran KWSP untuk suri rumah di negara ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia, Prof. Datuk Noor Aziah Mohd. Awal berkata, manifesto mengenai KWSP tersebut dilihat sebagai mengelirukan dan sukar untuk dilaksanakan.
Jelas beliau, perkara tersebut menimbulkan persoalan jika melibatkan isteri kepada penjawat awam yang tidak mencarum KWSP atau pun seorang ibu tunggal yang tidak bekerja.
“Saya lebih suka sekiranya caruman KWSP itu dijadikan harta sepencarian sekiranya pasangan tersebut bercerai ataupun salah seorang meninggal dunia.
“Kami juga pernah mencadangkan supaya mahar atau mas kahwin yang diberikan kepada pasangan wanita dimasukkan ke akaun deposit tetap sebagai kemudahan dan keselamatan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
“Apa pun saya lihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN ketika ini pun sudah baik, kenapa hendak menafikan perkara yang sudah elok dengan pengenalan sistem baharu yang tidak tahu lagi keberkesanannya?,” soal Noor Aziah ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Demikianlah Artikel KWSP SURI RUMAH: MANIFESTO PEMBANGKANG KETINGGALAN 8 TAHUN
Sekianlah artikel KWSP SURI RUMAH: MANIFESTO PEMBANGKANG KETINGGALAN 8 TAHUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KWSP SURI RUMAH: MANIFESTO PEMBANGKANG KETINGGALAN 8 TAHUN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/kwsp-suri-rumah-manifesto-pembangkang.html