link : Lebih 10 Akaun Palsu Siti Aafiyah
Lebih 10 Akaun Palsu Siti Aafiyah
Terdapat lebih 10 akaun palsu di Instagram menggunakan nama anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah wujud selepas pengumuman nama sebenar bayi berkenaan.
Antara akaun tersebut adalah @sitiaafiyah_, @sitiaafiyahkhalid_official, @sitiaafiyahctdk_, @sitiaafiyah.official, @sipipimerahcomel dan @sitiaafiyah.khalidjiwa.
Menurut laporan Kosmo!, bagaimanapun tiada satu pun daripada akaun tersebut merupakan akaun sebenar anak Siti.
Sementara itu, Siti pernah membuat kenyataan kepada pihak media memberitahu beliau belum memikirkan sama ada mahu mewujudkan akaun Instagram anaknya itu. Buat masa ini peminat boleh mengikuti perkembangan Siti Aafiyah menerusi akaun Instagram Siti.
Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac lalu pada pukul 8.17 pagi di Pusat Perubatan Gleneagles, Jalan Ampang.
Sebelum ini, kehadiran bayi perempuan itu dalam hidup Siti yang menanti selama 11 tahun untuk dikurniakan cahaya mata diberi gelaran nama Fatimah Az-Zahra.
Pada Ahad lalu, Siti, 39, dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, mengumumkan nama sebenar puteri sulung mereka pada sebuah majlis tahnik dan akikah yang berlangsung di kediaman mereka di Hulu Kelang, Selangor.
Dalam pada itu, Siti bakal melancarkan video klip penuh lagu Comel Pipi Merah di akaun rasmi YouTube Siti Nurhaliza yang memaparkan pengalaman sebelum, semasa dan selepas penyanyi itu melahirkan Siti Aafiyah.
The post Lebih 10 Akaun Palsu Siti Aafiyah appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Lebih 10 Akaun Palsu Siti Aafiyah
Anda sekarang membaca artikel Lebih 10 Akaun Palsu Siti Aafiyah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/lebih-10-akaun-palsu-siti-aafiyah.html