Liow: MCA Mahu Ambil Tindakan Terhadap Nazri, "Kecam" Robert Kuok !

Liow: MCA Mahu Ambil Tindakan Terhadap Nazri, "Kecam" Robert Kuok ! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Liow: MCA Mahu Ambil Tindakan Terhadap Nazri, "Kecam" Robert Kuok !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Liow: MCA Mahu Ambil Tindakan Terhadap Nazri, "Kecam" Robert Kuok !
link : Liow: MCA Mahu Ambil Tindakan Terhadap Nazri, "Kecam" Robert Kuok !

Baca juga


Liow: MCA Mahu Ambil Tindakan Terhadap Nazri, "Kecam" Robert Kuok !


PETALING JAYA: Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, MCA tidak menimbulkan masalah dan tidak gentar mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Nazri Aziz kerana mengecam Tan Sri Robert Kuok.

Presiden MCA itu yang dipetik Sin Chew Daily berkata, beliau menyuarakan pandangan dan cara mengendalikan “hal Robert Kuok” menerusi program sambutan ulang tahun MCA pusat beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, Liow yang juga menteri pengangkutan tidak menjelaskan jenis tindakan yang akan diambil terhadap Nazri.

“Kami mengecam Nazri kerana tidak puas hati dengan tindakannya tidak menghormati Kuok.

“Beliau perlu sedar dan membuat penjelasan, ini adalah permintaan rakyat, tetapi beliau tidak kesal dan membetulkan kesilapannya,” katanya dipetik akhbar itu ketika menghadiri sebuah majlis di Klang, malam kelmarin.

Liow berjanji akan mengukuhkan perpaduan dalam MCA di bawah kepimpinannya kerana masyarakat Cina sudah bosan dengan krisis dalaman parti itu.

Katanya, MCA juga mahu menjadi sebuah parti politik Cina yang menghormati pandangan, mendengar suara dan memimpin kaum itu terus mara.

Minggu lalu, Nazri dilaporkan bertegas tidak akan meminta maaf kerana menyerang Kuok disebabkan taikun itu mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi memoirnya.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu turut mengingatkan MCA tidak menjadikan perkara itu isu perkauman kerana beliau ialah “menteri BN” yang mewakili kerajaan BN, jadi beliau akan membalas sebarang kritikan terhadap kerajaan, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, beliau tidak takut dan tidak akan meminta maaf walaupun berdepan seluruh jentera pilihan raya MCA secara bersendirian.

Katanya, beliau mendakwa MCA tidak boleh mewakili masyarakat Cina kerana parti itu kalah teruk di kawasan majoriti pengundi Cina pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan hanya memenangi 7 kerusi Parlimen.

Nazri berkata, beliau mempunyai hubungan baik dengan DAP dan parti itu meraih kebanyakan undi Cina pada PRU13 sehingga diberikan mandat mentadbir Pulau Pinang, oleh itu beliau berkata DAP mewakili suara masyarakat Cina kerana menghormati keputusan PRU13.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Datuk Seri Pheng Yin Huah pula meminta kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap blogger yang memfitnah Kuok.

Katanya, blogger terbabit juga perlu membuktikan dakwaan mereka atau meminta maaf dan memberi pampasan sewajarnya.

Beliau kesal ketika kerajaan bersedia menggubal undang-undang untuk membanteras berita palsu, ada pihak yang menggunakan berita palsu untuk menyerang Kuok. #sumber


Demikianlah Artikel Liow: MCA Mahu Ambil Tindakan Terhadap Nazri, "Kecam" Robert Kuok !

Sekianlah artikel Liow: MCA Mahu Ambil Tindakan Terhadap Nazri, "Kecam" Robert Kuok ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Liow: MCA Mahu Ambil Tindakan Terhadap Nazri, "Kecam" Robert Kuok ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/liow-mca-mahu-ambil-tindakan-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates: