Madey Main Wayang...Kata ROS Buat Buat Tak Tahu Prosedure

Madey Main Wayang...Kata ROS Buat Buat Tak Tahu Prosedure - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Madey Main Wayang...Kata ROS Buat Buat Tak Tahu Prosedure, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Madey Main Wayang...Kata ROS Buat Buat Tak Tahu Prosedure
link : Madey Main Wayang...Kata ROS Buat Buat Tak Tahu Prosedure

Baca juga


Madey Main Wayang...Kata ROS Buat Buat Tak Tahu Prosedure

KUALA LUMPUR: PPBM mendakwa walaupun parti itu mengikut segala kehendak yang diminta Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (RoS), jabatan itu tetap tidak akan meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan (PH).

Presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan, sekiranya perkara ini berlaku ia akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya akan datang.

“Kita dapat maklumat bahawa RoS tidak akan lulus walau apa pun dilakukan oleh kita untuk menentukan segala kehendak RoS dipatuhi. RoS tidak akan lulus (PH), kerana jika PPBM tidak dapat (bertanding) dalam pilihanraya, Najib akan menang,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Namun katanya, gagasan itu masih belum membuat perancangan berkenaan tindakan susulan sekiranya PPBM dibubarkan secara rasmi kelak.

“Plan B adalah Plan B lah,” ujarnya ringkas.

Parti tajaan Dr Mahathir itu kini berdepan risiko untuk dibubarkan selepas RoS mengemukakan notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

Notis itu menuntut PPBM menyerahkan penyata kewangan dan minit mesyuarat setiap cawangan dan bahagian seluruh negara bagi menyiasat dakwaan bahawa tiada mesyuarat dibuat untuk memilih perwakilan ke AGM parti itu.

Ahli akar umbi juga mendakwa AGM yang diadakan itu sebagai 'syok sendiri' berikutan memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.

Kemelut PPBM ini turut merencatkan usaha gagasan pembangkang yang dianggotainya DAP, PKR, Amanah dan PPBM itu untuk bernaung di bawah satu logo pada PRU14.

Selaras dengan Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan, jika PPBM gagal menyerahkan maklumat dan dokumen yang diminta, satu perintah pembubaran bakal dikuatkuasakan keatas parti itu. 


Demikianlah Artikel Madey Main Wayang...Kata ROS Buat Buat Tak Tahu Prosedure

Sekianlah artikel Madey Main Wayang...Kata ROS Buat Buat Tak Tahu Prosedure kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Madey Main Wayang...Kata ROS Buat Buat Tak Tahu Prosedure dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/madey-main-wayangkata-ros-buat-buat-tak.html

Subscribe to receive free email updates: