MAHATHIR DIKRITIK PAS, ISU MAHU KEMBALIKAN PPSMI

MAHATHIR DIKRITIK PAS, ISU MAHU KEMBALIKAN PPSMI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR DIKRITIK PAS, ISU MAHU KEMBALIKAN PPSMI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR DIKRITIK PAS, ISU MAHU KEMBALIKAN PPSMI
link : MAHATHIR DIKRITIK PAS, ISU MAHU KEMBALIKAN PPSMI

Baca juga


MAHATHIR DIKRITIK PAS, ISU MAHU KEMBALIKAN PPSMI

Kejayaan sistem pendidikan sesebuah negara adalah berdasarkan penggunaan bahasa ibunda sendiri.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, al-Quran malah menekankan perkara itu melalui surah Ibrahim “Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan kepada mereka”

“Apa yang disebutkan dalam al-Quran mengenai penggunaan bahasa yang tepat adalah selari dan menepati kajian yang dihasilkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

“Hasil kajian menunjukkan pendidikan mestilah menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan penggunaan bahasa asing adalah gagal,” katanya dalam satu rakaman video semalam.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamed berjanji akan mengembalikan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PPSMI diperkenalkan di negara ini sewaktu Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin memegang jawatan Menteri Pelajaran.

Abdul Hadi memberi contoh beberapa buah negara yang telah berjaya melalui sistem pendidikan mereka seperti Jepun, Jerman dan China.

“Negara-negara besar dalam dunia hari ini tegas dengan bahasa ibunda masing-masing,” katanya.

Malah, kata beliau, Jepun dan Jerman yang kalah dalam perang dunia kedua bangkit dengan memperkasakan rakyat dengan bahasa mereka sendiri.

Dalam pada itu, katanya, Ibn khaldum pernah mengulas mengenai pengabaian bahasa ibunda sesebuah negara dengan menyatakan bangsa yang hina ialah mereka yang terpengaruh dengan bahasa penjajah.

Tambah beliau, bangsa yang terpengaruh dengan bahasa dan budaya penjajah akan meninggalkan agama mereka sendiri.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) baru-baru ini turut membidas Mahathir kerana mahu mengembalikan PPSMI jika pembangkang menang PRU14.

ABIM menegaskan pandangan bahawa mata pelajaran sains dan matematik perlu diajar melalui pengantar Bahasa Inggeris sudah disangkal oleh banyak kajian ilmiah sama ada dalam negara mahupun kajian di peringkat antarabangsa.

Justeru, pada ABIM, tindakan mahu memgembalikan dasar PPSMI oleh Mahathir adalah tindakan yang membingungkan, mengelirukan serta tidak bertitik tolak berasaskan fakta dan kajian.


Demikianlah Artikel MAHATHIR DIKRITIK PAS, ISU MAHU KEMBALIKAN PPSMI

Sekianlah artikel MAHATHIR DIKRITIK PAS, ISU MAHU KEMBALIKAN PPSMI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAHATHIR DIKRITIK PAS, ISU MAHU KEMBALIKAN PPSMI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/mahathir-dikritik-pas-isu-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: