link : Mahathir Layak Digelar Bapa Berita Palsu – Nur Jazlan
Mahathir Layak Digelar Bapa Berita Palsu – Nur Jazlan
LAYAK… Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Bapa Berita Palsu.
Gelaran tersebut sesuai diberikan kerana tokoh pembangkang berusia 92 tahun itu masih lagi suka berterusan menyalahkan kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung isu pendaftaran parti berkenaan.
Nur Jazlan berkata, Mahathir sepatutnya perlu sedar apa yang telah dilakukan sehingga UMNO diharamkan pada 1988 ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri merangkap Presiden UMNO ketika itu.
Ujar beliau lagi, perkara sama dijangka berulang kembali kini apabila PBBM pula gagal didaftarkan setelah pihak ROS mendapat lebih 400 aduan daripada ahli parti itu sendiri yang tidak berpuas hati dengan organisasi berkenaan.
“Beliau yang sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan UMNO sendiri pernah dinyahdaftarkan dan terpaksa dibubarkan pada ketika itu kerana melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan ditetapkan.
“(Apabila PBBM gagal didaftarkan) beliau menyalahkan pihak kerajaan dan ROS pula. Banyak fake news (berita palsu) dikatakan oleh Tun (Mahathir) sendiri kata ROS konon bersikap bias (berat sebelah) dan sebagainya.
“Beliau sebenarnya lupa apa dilakukannya sendiri kira-kira 30 tahun lalu,” kata Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai ketika ditemui dalam program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pulai di Johor Bahru, Johor pada Ahad.
Pada 9 Mac lalu, Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim meberi tempoh 30 hari bagi menjawab Notis Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 yang dikemukakan jabatan tersebut kepada PPBM atau pendaftarannya terpaksa dibubarkan.
Langkah tersebut dikatakan antara sebab Pakatan Harapan sehingga kini masih berstatus organisasi haram kerana masalah dalaman PPBM yang juga antara parti komponen blok pembangkang itu.

Demikianlah Artikel Mahathir Layak Digelar Bapa Berita Palsu – Nur Jazlan
Sekianlah artikel Mahathir Layak Digelar Bapa Berita Palsu – Nur Jazlan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahathir Layak Digelar Bapa Berita Palsu – Nur Jazlan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/mahathir-layak-digelar-bapa-berita.html