link : Mana ada berpecah…
Mana ada berpecah…
“KAMI tidak berpecah. Perkara itu tidak akan pernah terjadi,” kata anggota kumpulan pelawak Bocey, Abam menepis dakwaan netizen yang mengatakan mereka sudah membawa haluan masing-masing.
Tegasnya, walaupun sudah agak lama tidak muncul bertiga dalam mana-mana program, bukan bermakna perjalanan Bocey dalam industri sudah berakhir.
“Ya, saya akui penampilan terakhir kami bertiga di program dan pentas yang sama adalah ketika pertandingan Maharaja Lawak Mega setahun yang lalu.
“Namun, itu tidak bermakna Bocey sudah berpecah. Kami tidak mungkin akan membawa haluan masing-masing kerana kami saling memerlukan,” kata Abam.
Tambahnya lagi, walaupun masing-masing sibuk dengan komitmen serta hal keluarga, hakikatnya, mereka masih rapat dan sering berhubung menerusi Whatsapp.
Sementara itu, bakal muncul dengan program sitkom Bocey & Friends Live tidak lama lagi, Abam berkata, kemunculan itu adalah pengubat rindu buat peminat mereka.
“Bagi saya, program ini adalah sebagai pengubat rindu khas buat peminat. Mereka sering bertanya bila Bocey akan muncul kembali dalam program.
“Ada juga yang ingin aturkan Meet and Greet tetapi susah untuk kumpulkan kami bertiga. Maka ini adalah masa yang tepat untuk jumpa dengan kami,” katanya.
Bocey & Friends Live bakal bersiaran secara langsung bermula 23 Mac ini Jumaat 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124). Ia turut menampilkan pelakon terkenal, Nasir Bilal Khan menggalas tanggungjawab sebagai Tukang Buka Panggung.
The post Mana ada berpecah… appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Mana ada berpecah…
Anda sekarang membaca artikel Mana ada berpecah… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/mana-ada-berpecah.html