Manifesto PH dibuat supaya 'sedap didengar' - Husni

Manifesto PH dibuat supaya 'sedap didengar' - Husni - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Manifesto PH dibuat supaya 'sedap didengar' - Husni, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Manifesto PH dibuat supaya 'sedap didengar' - Husni
link : Manifesto PH dibuat supaya 'sedap didengar' - Husni

Baca juga


Manifesto PH dibuat supaya 'sedap didengar' - Husni

Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan Khamis malam, sekadar meraih sokongan dan memberi 'gula-gula' politik kepada pengundi, sedangkan ia dirangka bukan berdasarkan fakta.

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata manifesto pembangkang tetap tidak realistik untuk dilaksanakan walaupun beberapa kali dipinda.

"Jelas apa yang mereka buat (manifesto) bukan berdasarkan kepada pengetahuan mendalam mengenai sesuatu isu, mereka buat hanya untuk bagi rakyat sedap mendengar saja.

"Kita tengok pada (Pilihan Raya Umum) 2004 manifesto lain, begitu juga (PRU) 2008 dan sekarang pun lain, berubah-ubah sekadar untuk melegakan halwa telinga atau sebagai modal untuk memikat rakyat, itu saja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Barisan Kepimpinan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini hari ini.

Ahli Parlimen Tambun itu mengulas manifesto pakatan pembangkang yang menyatakan pelbagai janji termasuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 100 hari jika mereka membentuk kerajaan pusat.

Ahmad Husni berkata, beliau hairan mengapa PH mengambil langkah ke belakang untuk menghapuskan GST ketika banyak negara melaksanakan sistem percukaian itu untuk meningkatkan pendapatan negara.

"Saya tak faham apa yang difikirkan oleh pembangkang. Jika GST tidak baik, kebanyakan negara yang mengamalkan GST di dunia ini telah tersilap langkahlah.

"Secara ekonomi tidak masuk akal kerana mereka silap, tidak ada jaminan bahawa harga akan lebih murah dengan pemansuhan GST," katanya.

Beliau berkata, adalah amat menyedihkan jika pendekatan pakatan pembangkang untuk menghapuskan GST dan mahu kembali melaksanakan semula sistem cukai lama.


Demikianlah Artikel Manifesto PH dibuat supaya 'sedap didengar' - Husni

Sekianlah artikel Manifesto PH dibuat supaya 'sedap didengar' - Husni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Manifesto PH dibuat supaya 'sedap didengar' - Husni dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/manifesto-ph-dibuat-supaya-sedap.html

Subscribe to receive free email updates: