Maria Chin bahas di Parlimen, jangan di jalan raya

Maria Chin bahas di Parlimen, jangan di jalan raya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maria Chin bahas di Parlimen, jangan di jalan raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maria Chin bahas di Parlimen, jangan di jalan raya
link : Maria Chin bahas di Parlimen, jangan di jalan raya

Baca juga


Maria Chin bahas di Parlimen, jangan di jalan raya

 ‘Lebih baik berbahas di dalam Dewan Rakyat daripada di jalan raya’, demikian tegas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin sambil mengalu-alukan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Menurutnya, Maria Chin tidak perlu hipokrit lagi kononnya memperjuangkan rakyat tanpa berpihak kepada mana-mana parti.

Ini kerana jelas Bung, selepas ini Pengerusi BERSIH itu boleh memilih mana sahaja parti dalam pembangkang untuk beliau bertanding  pada PRU nanti.

“Rupanya Maria ini ala pembangkang tapi kononnya tidak berparti, saya mengalukan Maria Chin untuk bertanding.

“Jangan bahas lagi di jalan raya, bahas di Dewan Rakyat, saya tak nak tengok lagi muka dia di jalan raya,” katanya bagi membahaskan titah Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat, Rabu.

Dalam masa yang sama, Bung turut menyentuh tentang soal penyebaran berita palsu yang menjadi fokus dalam perbahasannya.

Menurut beliau akta tersebut adalah perlu supaya pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan tindakan mereka sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia sebuah negara yang bankrap.

“Mereka menghasut rakyat, mereka menyebar berita palsu, kerja mereka jadi tidak apa, buat sementara ini biar mereka menyebar berita palsu sebab saya percaya rakyat takkan termakan dengan hasutan palsu mereka,” ujarnya lagi.

Bung turut membidas pembangkang yang mengambil pendirian seperti ayam mati apabila terpalit dengan berita dan fakta skandal yang berlaku di Selangor tentang isu tanah di Ijok serta isu terowong dasar laut di Pulau Pinang.

“Wakil rakyat dari pembangkang ni bila cerita pasal Ijok, bila disoal, diam, semua jadi ayam mati, kalau disoal, diam.

“Bila buat siasatan kata SPRM atau mahkamah pilih bulu, kalau pada Barisan (BN), tidak,” jelasnya lagi.


Demikianlah Artikel Maria Chin bahas di Parlimen, jangan di jalan raya

Sekianlah artikel Maria Chin bahas di Parlimen, jangan di jalan raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maria Chin bahas di Parlimen, jangan di jalan raya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/maria-chin-bahas-di-parlimen-jangan-di.html

Subscribe to receive free email updates: