Maryam Lee “Berjihad” Londehkan Hijab Kaum Wanita

Maryam Lee “Berjihad” Londehkan Hijab Kaum Wanita - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maryam Lee “Berjihad” Londehkan Hijab Kaum Wanita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maryam Lee “Berjihad” Londehkan Hijab Kaum Wanita
link : Maryam Lee “Berjihad” Londehkan Hijab Kaum Wanita

Baca juga


Maryam Lee “Berjihad” Londehkan Hijab Kaum Wanita

MANA-MANA individu yang cenderung menghina orang Melayu dan agama Islam sentiasa mendapat perhatian khusus pakatan pembangkang diketuai DAP. Mereka dijulang bagaikan wira. Perkara ini memang menguris hati orang Islam.

Dahulu Maryam Lee pernah bertudung. Kini beliau yang sudah tidak lagi berhijab sedang menawarkan bantuan sokongan moral kepada gadis-gadis yang mahu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung namun, tersekat dengan ketakutan dan stigma.

Memang biadap dan kurang ajar. Tidak puas hati bergelumang dengan dosa, Maryam Lee mahu turut mengheret gadis-gadis lain untuk sama-sama mengumpul dosa tidak bertudung. Beliau
dikhabarkan mengumumkan seruan itu di laman media sosial Twitter miliknya baru-baru ini.

Maryam Lee berkata, “Saya menawarkan telinga saya untuk gadis-gadis yang dalam proses untuk menjadi mantan orang yang memakai tudung tetapi masih lagi ragu-ragu atau dilemahkan oleh ketakutan dan stigma.

Hubungilah saya bila-bila masa, kita boleh bincang perjalanan pembebasan kita bersama.’” Sebelum ini, beliau pernah membayangkan harapannya bahawa suatu hari nanti akan wujudnya satu gerakan feminisme untuk melondehkan hijab kaum wanita, meskipun dengan nada berseloroh.

Sewaktu memuji artikel tulisan sahabat baiknya, pejuang kempen Undi Rosak itu berkata, “Fadiah Johari, bukan sahaja saudara dalam iman, juga saudara saya dalam ‘sisterhood of unveiling women’! Saya cuma buat-buat cerita sahaja, haha.

Tetapi suatu hari nanti ia mungkin boleh jadi satu gerakan, siapa tahu?” Tulang belakang Projek Dialog itu sendiri telah membuat keputusan untuk menanggalkan tudungnya ketika berusia 25 tahun setelah memakainya semenjak kecil lagi, dan mendakwa menghadapi ancaman fizikal daripada ahli keluarganya sendiri jika didapati beliau tidak memakai tudung.

“Saya dipaksa memakai hijab semenjak berusia 9 tahun. Memakainya dan menanggalkannya sepanjang di sekolah menengah tinggi, menjalani hidup dua alam kerana saya tentu bakal menghadapi ancaman fizikal daripada ahli keluarga sendiri sekiranya mereka mendapati saya tidak memakai hijab.”

“Pada usia 25 tahun, sebagai seorang yang telah dewasa, saya masih tidak dapat membuat keputusan berkenaan tubuh badan saya sendiri. Sewaktu hari jadi saya yang ke-25 saya berkata ‘f*ck’ it, ‘f*ck’ society. Saya akan jadi diri saya sendiri dan saya akan berasa gembira,” tegas beliau.

Memang iman tidak boleh diwarisi namun tindakan beliau mahu berjuang untuk mendorong wanita Islam agar membuka tudung dilihat sebagai jahat melampau.


Demikianlah Artikel Maryam Lee “Berjihad” Londehkan Hijab Kaum Wanita

Sekianlah artikel Maryam Lee “Berjihad” Londehkan Hijab Kaum Wanita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maryam Lee “Berjihad” Londehkan Hijab Kaum Wanita dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/maryam-lee-berjihad-londehkan-hijab.html

Subscribe to receive free email updates: