Masuk PPBM, belajarlah pengalaman Chandra

Masuk PPBM, belajarlah pengalaman Chandra - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masuk PPBM, belajarlah pengalaman Chandra, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masuk PPBM, belajarlah pengalaman Chandra
link : Masuk PPBM, belajarlah pengalaman Chandra

Baca juga


Masuk PPBM, belajarlah pengalaman Chandra

Riuh rendah PPBM bila menerima kemasukan Wan Saiful Wan Jan bekas CEO IDEAS ke parti tersebut kononnya bulan jatuh ke riba. Ramai yang tidak kenal IDEAS berbanding BERSIH. IDEAS mula didaftarkan di London pada 2006. Ketiga tiga pengasasnya tinggal di London. Pada 2009 ia ditutup dan didaftarkan di Malaysia pada tahun 2011.

Alasan Wan Saiful menyertai PPBM kononnya untuk terus menyuburkan demokrasi dan perubahan di Malaysia. Bekas ahli PAS ini tidak istiqomah bersama PAS sehingga ke PRU ke 14. Sebaliknya memilih PPBM yang cara pemilihan kepimpinan dan perjalanan partinya dipertikaikan kedemokrasiannya. Apatah lagi dipimpin oleh Tun M yang rekod demokrasinya dipersoalkan.
Advertisement

Maka tidak sukar untuk memahami is hati Wan Saiful. Sudah tentu dia dijanjikan kerusi mudah menang dalam PRU ke 14 berbanding jika bertanding atas tiket PAS.

Kesudahannya semua “Civil Organisation” di Malaysia ini sukar dipercayai jika ia bukan bermotifkan politik. Rupanya ia adalah batu loncatan kepada seseorang mencipta nama dan populariti sebelum menjadi calon pilihanraya.

Inilah yang berlaku kepada Maria Chin dari BERSIH, Irene Fernandez dari TENAGANITA, Zainur Zakaria (Bar Cuncil), Tian Chua dari SUARAM dan Chandra Muzaffar daripada ALIRAN dan JUST. Maka perjuangan mereka yang kononnya untuk menegakkan civil society hanya muslihat dan mati sekerat jalan. Rakyat tertipu dan mereka menjadi politikus yang lebih kuat berbohong bila masuk politik seperti Tian Chua.

Ini yang gagal dipelajari oleh Wan Saiful. Dia harus belajar daripada pengalaman pahit Chandra Muzaffar. Chandra dikenali hingga ke peringkat antarabangsa. Dikenali sebagai ahli akademk tersohor berbanding dengan Wan Saiful dan IDEAS.

Chandra Muzaffar sama seperti Wan Saiful menggunakan isu reformasi untuk menyertai pembangkang. Bahkan Chandra diberikan jawatan Timbalan Presiden Keadilan. Dia bertanding kerusi Parlimen Bandar Tun Razak. Tetapi akhirnya dia meninggalkan parti tersebut dengan penuh kekecewaan kerana terperangkap dengan politik ganas dalam parti tersebut.

Chandra meninggalkan Keadilan kerana tidak tahan dengan politik tikam belakang. Dia sendiri menjadi mangsa dalam parti yg mahu menjatuhkannya atas nama “Reformasi dalam Keadilan “. Komen penting Chandra ialah akhirnya dia menyedari Keadilan adalah parti milik individu bukannya rakyat. Maka apakah PPBM bukan oarti milik indvidu atau agenda individu? Wan Saiful perlu belajar daripada Chandra.

Justeru, apabila seseorang daripada mana mana civil organisation menyertai parti politik pembangkang ia bukan menggambarkan parti itu adalah tulus dan benar, tetapi kerana ia menjamin seseorang itu “confirm”menjadi calon dan bertanding di kerusi selamat.-8/3/2018

Penulis merupakan ahli MT UMNO


Demikianlah Artikel Masuk PPBM, belajarlah pengalaman Chandra

Sekianlah artikel Masuk PPBM, belajarlah pengalaman Chandra kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masuk PPBM, belajarlah pengalaman Chandra dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/masuk-ppbm-belajarlah-pengalaman-chandra.html

Subscribe to receive free email updates: