link : Menangislah sepuas-puasnya dik…: Ani Maiyuni
Menangislah sepuas-puasnya dik…: Ani Maiyuni
PERNAH menganggap dirinya sebagai kakak, Ani Maiyuni turut terkesan dengan nasib yang menimpa Intan Liana Saleh.
Sekali lagi tampil menyatakan sokongan, selebriti berusia 39 tahun ini berharap agar Intan Liana terus tabah menghadapi dugaan hidup.
“Be strong ye dikk….Kak Anne tahu adik seorang yang tabah…menangislah sepuas-puasnya sampai adik rasa ringan dan lega.
“Pedulilah kalau mereka kata menangis itu satu PEMBOHONGAN.
“Kasih sayang yang ditanam pada anak-anak itu satu pembohongan juga ke?? Kakak faham perasaan itu,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram (IG).
Intan Liana dan suaminya, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, setahun.
Pada masa sama, penyanyi lagu Terang Bulan ini turut menyifatkan kenyataan bekas suami Intan Liana berhubung kemelut rumah tangga mereka, melucukan.
“…biarpun kenyataan mereka kata ‘bermasalah dah dua tahun lebih’…habis itu anak yang ditanam benihnya itu belum setahun pun… itu satu pembohongan juga ke???
“…netizen tak buta dan tak pekak. Kakak nak tergelak pun ada. Kenyataan macam menjerat diri sendiri saja…bhaahha,” tulisnya.
Pun begitu, pemilik nama sebenar Aishah An Nur Osman ini percaya semua yang berlaku ini mempunyai hikmahnya.
“Percaya pada yang SATU. DIA dah rancang sebaik-baiknya buat adik.
“Sekarang ini jaga anak-anak dengan baik kerana mereka kekuatanmu dik…,” luahnya lagi.
Difahamkan, konflik rumah tangga pasangan ini berlaku selepas Ude bernikah secara rahsia dengan pelakon popular, Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017.
Bagaimanapun, pemuzik bebas ini menepis dakwaan tersebut selain mengakui kemelut rumah tangga mereka sudah pun berlarutan sejak dua tahun lalu.
Malah, Ude juga menggesa bekas isterinya itu menghentikan ‘drama air mata’ yang disifatkan sebagai pembohongan semata-mata kerana ingin meraih simpati.
The post Menangislah sepuas-puasnya dik…: Ani Maiyuni appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Menangislah sepuas-puasnya dik…: Ani Maiyuni
Anda sekarang membaca artikel Menangislah sepuas-puasnya dik…: Ani Maiyuni dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/menangislah-sepuas-puasnya-dik-ani.html