MESEJ AYER HITAM : DAP BERJAYA TUNGGANG DR M UNTUK TAWAN PUTRAJAYA

MESEJ AYER HITAM : DAP BERJAYA TUNGGANG DR M UNTUK TAWAN PUTRAJAYA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MESEJ AYER HITAM : DAP BERJAYA TUNGGANG DR M UNTUK TAWAN PUTRAJAYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MESEJ AYER HITAM : DAP BERJAYA TUNGGANG DR M UNTUK TAWAN PUTRAJAYA
link : MESEJ AYER HITAM : DAP BERJAYA TUNGGANG DR M UNTUK TAWAN PUTRAJAYA

Baca juga


MESEJ AYER HITAM : DAP BERJAYA TUNGGANG DR M UNTUK TAWAN PUTRAJAYA

Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Parlimen Ayer Hitam, Johor pada 18 Mac lalu untuk mengumumkan calon DAP, Liew Chin Tong menentang Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong cuba memberi mesej besar kepada pengundi Cina pada PRU 14, kata kolumnis The Star, Joceline Tan.

Ia boleh dibaca, semua pimpinan bukan Melayu, termasuk MCA, Gerakan dan MIC yang berada dalam Kerajaan Persekutuan sekarang bakal ‘dibunuh’ pada PRU 14 bagi memastikan matlamat DAP untuk menawan Putrajaya tercapai.

“Dr Mahathir berada di Ayer Hitam untuk meminjamkan kuasa bintangnya kepada Liew Chin Tong yang menentang Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

“Pengerusi Pakatan Harapan (Dr Mahathir) juga dijangka akan berada di Teluk Intan apabila Nga Kor Ming secara rasminya diperkenalkan untuk menentang Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong,”kata kolumnis The Star itu.

Ia sekaligus mengesahkan dakwaan penceramah terkenal DAP sebelum ini, Hew Kuan Yau aka ‘Superman DAP’ yang merumuskan Dr Mahathir hanya kuda tunggangan DAP untuk mengalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dakwaan penceramah terkenal DAP itu konsisten dengan pendedahan awalnya bahawa DAP menggunakan strategi ‘Melayu Lawan Melayu’.

Kolumnis The Star Joceline Tan mendedahkan dalam ceramah-ceramah DAP kepada khalayak Cina membuat ejekan Dr Mahathir sebagai ‘kuda’ dan Najib Razak sebagai ‘ayam’

“DAP telah menunggang Dr Mahathir dengan semua kekuatan yang dia miliki. Tidak hairanlah bahawa pemimpin DAP merujuk kepada Dr Mahathir sebagai “Tun Mah” – “mah” bermaksud kuda dalam bahasa Cina.

“Semasa majlis makan malam DAP di Alor Setar pada malam Jumaat, penceramah kontroversi Hew Kuan Yau aka Superman berkata DAP perlu “menunggang Tun Mah untuk membunuh ayam”,”dedahnya lagi.

Kesungguhan DAP membunuh semua pimpinan bukan Melayu dalam Kerajaan Persekutuan dibuktikan dengan perpindahan Damansara Utama, Selangor bertanding di Bakri, Johor dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dipindahkan ke Parlimen Labis bagi menentang Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong.

Malah, ada sumber dalaman DAP menyebut Ahli Parlimen DAP Seputeh sejak tahun 1999, Teresa Kok akan dipindahkan ke Raub untuk menentang wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.

“Johor adalah satu-satunya negeri di mana MCA masih mempunyai pegangannya dalam masyarakat dan DAP mahu mengubah keadaan itu.

“Malah, Teo Nie Ching telah menggunakan istilah Cina yang tegar, “wei jiao” (menghancurkan) untuk menerangkan usaha parti untuk menghapuskan MCA. Ia adalah satu istilah yang digunakan oleh Kuomintang dalam perang mereka dengan komunis untuk ketuanan ke atas China.

“Strategi naga-versus-naga juga bertujuan untuk mengepam momentum, terutamanya di Johor. Para pemimpin DAP dapat merasakan bahawa mood pengundi Cina di Johor tidak seperti tahun 2013,”kata Joceline lagi.


Demikianlah Artikel MESEJ AYER HITAM : DAP BERJAYA TUNGGANG DR M UNTUK TAWAN PUTRAJAYA

Sekianlah artikel MESEJ AYER HITAM : DAP BERJAYA TUNGGANG DR M UNTUK TAWAN PUTRAJAYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MESEJ AYER HITAM : DAP BERJAYA TUNGGANG DR M UNTUK TAWAN PUTRAJAYA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/mesej-ayer-hitam-dap-berjaya-tunggang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :