Mufti Perlis Dikecam Kutuk Politik Guna Nama Islam

Mufti Perlis Dikecam Kutuk Politik Guna Nama Islam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mufti Perlis Dikecam Kutuk Politik Guna Nama Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mufti Perlis Dikecam Kutuk Politik Guna Nama Islam
link : Mufti Perlis Dikecam Kutuk Politik Guna Nama Islam

Baca juga


Mufti Perlis Dikecam Kutuk Politik Guna Nama Islam

PANAS… Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dikecam netizen gara-gara penulisannya di Facebook mengutuk parti politik yang didakwa memperdagangkan agama untuk undi pilihan raya.

Mohd. Asri mendakwa parti politik itu mahu menegakkan ‘hukum Allah’, tetapi memaki hamun, menggelar orang lain dengan gelaran buruk, mengkafir sesama muslim, berbohong, memfitnah dan memutarbelit nas-nas agama.

“Kita sering dengar sebahagian mereka melaungkan ALLAH AKBAR dalam majlis kepartian mereka. Soalan kita, apakah sebenarnya mereka membesarkan Allah ataupun melaungkan kebesaran parti politik mereka tapi atas nama Allah?

“Kemudian jika mereka kehairanan ada artis yang menggunakan nama agama di kelab malam, apakah bezanya antara hal itu dengan apa yang orang politik lakukan selama ini,” katanya di Facebook semalam.

Mohd. Asri dipercayai cuba menyamakan kontroversi membabitkan Neelofa kerana melancarkan koleksi hijabnya di sebuah kelab ternama di ibu kota dengan parti politik yang menggunakan nama Islam yang dimaksudkan.

Berikut sebahagian komen netizen mengecam kenyataan Mufti Perlis tersebut:

“Asyik nak sindir orang dengan persepsi yang diwujudkan sendiri.. tidak dinafikan ada salah silap kurang sana sini dan sebahagiannya telah berubah.. bukan ke menambah baik dan memperkukuhkan itu lebih baik? Sebenarnya apa orientasi Tuan Mufti, cuba nyatakan dengan jelas.. teori ilmu memang mantap tidak dinafikan.. menyindir mengomen ke sana sini.. nah realiti terbuka sekarang.. nyatakan prinsip ilmu tu ke alam realiti.. apa orientasi nya? Yang mana perlu disokong?” – Shahril Azri

“Aku diajar supaya setiap perkara di dunia ini perlu ikut cara agama…Kalau tak guna agama untuk kehidupan nak guna apa… Bahkan nak makan pun kita guna agama… Nak mandi pun kita guna agama… Nak bersama isteri pun kita diajar guna agama…nak tidur pun perguna agama…. Tak kan lah nak politik tak boleh guna agama… Seolah2 agama ini tidak lengkap… Ke saya salah…”  – Mohd. Rohaizol Ismail

“Dr maza membisu bila Tun Mahathir hina Islam. Bila PH sokong LGBT..sedih dengan mufti macam ni..baik mufti WP..orangnya alim, tawadduk dan bermasyarakat”
Mohd. Nafi Abdulah

“Dr pikul amanah sebagai mufti. Mereka pikul amanah sebagai ahli politik. Tegurlah mereka andai mereka silap. Andai dirasakan mereka tidak layak, maka majukanlah diri ke hadapan untuk menggantikan mereka. Berkata-kata itu lebih mudah dari melaksanakan. Untuk laksana hukum Islam dalam sistem Barat yang telah berkurun diamalkan bukanlah satu perkara mudah. Moga Allah memudahkan jalan untuk kita”  – Mohd. Hazrain

“Menjadi seorang mufti… bila salah orang politik pembangkang dikatakan menjual agama dan guna agama untuk tujuan politik. Tapi tuan mufti yang sama bila Tun Mahathir berkata sesuatu yang jelas menghina Islam. Maka dia diam seribu bahasa. Matanya jadi buta. Telinganya jadi pekak bila melibatkan Tun Mahathir”
–  Jasni Saman

“Adakah tulisan dr ini dpt membantu hukum Allah tertegak di bumi Msia..? Asyik kondem kerja orang lain je, lepas tu tuduh orang kafirkan orang..”  – Mohamad Wahid

– Saya tak brapa stuju dlm penulisan mcm ni. Nmpk terlalu ekstrim menilai pergerakan politik lawan dalam masa yg sama ada satu pergerakan politik yg tidak dinilai dan dikrituk walhal iannya lebih memberi impak negatif terhadap imej Islam. Penulisan sembrono mcm ni dilihat sbgai kelemahan manusia dalam menilai ssuatu isu”  – Awang Ikhwan

“Alah, Dr Maza pun pengguna agama jugak kalo konsep tersebut dipukul sama rata.. jangan la duk canang camtu, niat isi hati manusia sapa yang tau, hanya Allah saja, kena jadi maksum ka kalau nak perjuang agama? maksumkah Dr Maza yang selama ini menggunakan agama?” – Mohd. Faz Li

“Fuhh.. bab fitnah??? parti mana juara fitnah?? bab kafir?? Madey terus terang mengkafirkan orang!! ehh..malas la saya nak menulis nihh..dek kerana hasad dengki dan tidak puas hati anda tidak berlaku adil, wahai tuan mufti.. Allah swt sebut” – Abdul Rahim


Demikianlah Artikel Mufti Perlis Dikecam Kutuk Politik Guna Nama Islam

Sekianlah artikel Mufti Perlis Dikecam Kutuk Politik Guna Nama Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mufti Perlis Dikecam Kutuk Politik Guna Nama Islam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/mufti-perlis-dikecam-kutuk-politik-guna.html

Subscribe to receive free email updates: