MUKHRIZ BALIK KEDAH BUAT PROGRAM, MALANGNYA KURANG SAMBUTAN

MUKHRIZ BALIK KEDAH BUAT PROGRAM, MALANGNYA KURANG SAMBUTAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MUKHRIZ BALIK KEDAH BUAT PROGRAM, MALANGNYA KURANG SAMBUTAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MUKHRIZ BALIK KEDAH BUAT PROGRAM, MALANGNYA KURANG SAMBUTAN
link : MUKHRIZ BALIK KEDAH BUAT PROGRAM, MALANGNYA KURANG SAMBUTAN

Baca juga


MUKHRIZ BALIK KEDAH BUAT PROGRAM, MALANGNYA KURANG SAMBUTAN

Program Sembang Santai Bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kampung Bukit Kechik Jabi di sini anjuran Pakatan Harapan Pokok Sena ternyata gagal menarik kehadiran penduduk setempat.

Tinjauan Utusan Online mendapati lebih kurang 150 orang sahaja hadir untuk mendengar ucapan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kedah itu.

Tiada isu rakyat yang dilihat diketengahkan Mukhriz sebaliknya memainkan sentimen politik kebencian terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor selain mempertikaikan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROS) yang disifatkan berat sebelah kepada UMNO.

Mukhriz juga hanya mengungkit kemajuan di utara khususnya di Kedah berlaku disebabkan jasa bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Selama 22 tahun kita menyaksikan pembangunan yang besar di negara kita termasuklah Kedah Darul Aman ini, kerajaan Malaysia dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pakatan Harapan hari ini. Bab  itu mereka tak habaq (beritahu), sengaja nak bagi kita lupa. Mereka cuba nak buang daripada ingatan kita.

“Yang ini, tiada siapa di Kedah boleh lupa bahawa bermacam-macam pembangunan dirasai di Kedah seperti penubuhan dan pembinaan Universiti Utara Malaysia (UUM), lebuh raya, pelbagai kemudahan yang berlaku antara 1981 hingga 2003.

“Selepas 2003, tiada apa dah (pembangunan)… pembangunan di Langkawi pun berlaku dalam tempoh 22 tahun itu. Kalau itu buat kita rasa kenang budi dia, tuan puan berpeluang menunjukkan sokongan kepada dia keranaTun Dr. Mahathir telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan, ” katanya. UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel MUKHRIZ BALIK KEDAH BUAT PROGRAM, MALANGNYA KURANG SAMBUTAN

Sekianlah artikel MUKHRIZ BALIK KEDAH BUAT PROGRAM, MALANGNYA KURANG SAMBUTAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MUKHRIZ BALIK KEDAH BUAT PROGRAM, MALANGNYA KURANG SAMBUTAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/mukhriz-balik-kedah-buat-program.html

Subscribe to receive free email updates: