Naik Pelamin 18 Mac Ini, Elvina Bakal Bergelar Datin Muda

Naik Pelamin 18 Mac Ini, Elvina Bakal Bergelar Datin Muda - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Naik Pelamin 18 Mac Ini, Elvina Bakal Bergelar Datin Muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Naik Pelamin 18 Mac Ini, Elvina Bakal Bergelar Datin Muda
link : Naik Pelamin 18 Mac Ini, Elvina Bakal Bergelar Datin Muda

Baca juga


Naik Pelamin 18 Mac Ini, Elvina Bakal Bergelar Datin Muda

Pelakon drama Shhh… I Love You, Elvina Mohamad, bakal melangsungkan perkahwinan dengan usahawan dan selebriti sukan permotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan, 31, pada 18 Mac ini.

Memetik laporan BH online, Elvina atau nama penuhnya Norzalina Mohamad, 23, memberitahu majlis pernikahan akan diadakan secara ringkas di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, jam 3 petang.

Pasangan berkenaan juga akan hanya ditunangkan kira-kira sejam sebelum akad nikah berlangsung.

Katanya, beliau terbuka hati untuk mengakhiri zaman bujang pada usia muda berikutan bakal suaminya dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu menjadikannya sebagai isteri.

“Saya percaya, soal jodoh adalah ketentuan Yang Maha Kuasa. Cepat atau lambat bukanlah kita yang menentukannya.

“Saya juga berasakan keputusan untuk berkahwin ini bukan penghalang kepada kerjaya seni, sebaliknya saya yakin ada rahmat menanti pada hari nan mendatang,” katanya.

Selain mendapat restu daripada kedua ibu bapa dan keluarga, pihak pengurusannya iaitu MindOrder Sdn Bhd juga tidak menghalang keputusannya itu.

Sementara majlis resepsi pula akan diadakan di lokasi sama pada 24 Mac. Pada majlis itu nanti, Elvina bakal menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan. Bagaimanapun, mereka memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Mengakui belum puas membina nama di persada seni, bakat kelahiran Teluk Intan, Perak, itu berkata, aktiviti lakonannya berjalan seperti biasa selepas majlis perkahwinannya nanti.

Malah, dua hari selepas bernikah, Elvina akan menjayakan penggambaran drama 26 episod, Bila Tuhan Berbisik, bergandingan dengan Datuk Awie dan Hazama, untuk siaran TV3.

Memandangkan bakal suami juga sibuk dengan urusan perniagaan dan aktiviti perlumbaannya, Elvina berkata, perancangan untuk berbulan madu mereka terpaksa di tangguhkan.

The post Naik Pelamin 18 Mac Ini, Elvina Bakal Bergelar Datin Muda appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Naik Pelamin 18 Mac Ini, Elvina Bakal Bergelar Datin Muda

Sekianlah artikel Naik Pelamin 18 Mac Ini, Elvina Bakal Bergelar Datin Muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Naik Pelamin 18 Mac Ini, Elvina Bakal Bergelar Datin Muda dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/naik-pelamin-18-mac-ini-elvina-bakal.html

Subscribe to receive free email updates: