link : Norman cipta lagu khas untuk Memey
Norman cipta lagu khas untuk Memey
SEBAGAI tanda kasih dan cinta, Norman Hakim membuat kejutan istimewa buat isteri tersayang, Memey Suhaiza sempena ulang tahun kelahiran ke-30, hari ini.
Selebriti berusia 42 tahun ini menunjukkan bakat terpendamnya dengan menyanyikan lagu istimewa yang dicipta khas menerusi satu perkongsian video di Instagram (IG).
Menyedari suaranya yang tidak ‘lunak’, Norman bagaimanapun meminta agar Memey menghayati setiap bait-bait lirik yang juga merupakan luahan hatinya.
“To be honest, dekat 235 lagu ku cuba pilih..semua best-best tapi still rasa mcm tak sampai untuk diri sendiri khas untuk yang tersayang..rupanya ALLAH gerakkan untuk suamimu nyanyikan sendiri untukmu.
“Dengarkan baitnya dari hati, tak perlu dengar suara sangat yang macam katak tu…Ikhlas dari hati suamimu ini sebab semua ‘caption’ dah ada dalam lagu…BISMILLAH.
“Sanah Helwah Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-30 sayang,” luahnya.
Pada masa sama, bintang filem Pasrah ini turut mendoakan kesejahteraan isterinya.
“Semoga sayang dan zuriat di dalam kandungan sentiasa dibawah lindungan ALLAH SWT dan para malaikat yang bertugas dan ditugaskan untuk menjagamu berserta dengan doa para wali-wali di ulang tahun kelahiranmu yang ke-30 ini…AAMIIN YA RABB,” kongsinya lagi.
Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011.
Pasangan ini dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 tahun.
Selain itu, Norman juga mempunyai tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, serta Maria Danisha Hakim, 10 tahun.
The post Norman cipta lagu khas untuk Memey appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Norman cipta lagu khas untuk Memey
Anda sekarang membaca artikel Norman cipta lagu khas untuk Memey dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/norman-cipta-lagu-khas-untuk-memey.html