Paling dekat dengan rakyat antara kriteria calon BN

Paling dekat dengan rakyat antara kriteria calon BN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Paling dekat dengan rakyat antara kriteria calon BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Paling dekat dengan rakyat antara kriteria calon BN
link : Paling dekat dengan rakyat antara kriteria calon BN

Baca juga


Paling dekat dengan rakyat antara kriteria calon BN

Sikap mesra dan dekat dengan rakyat adalah antara kriteria penting dalam pemilihan calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata penerimaan rakyat terhadap calon yang dipilih BN itu penting terutama kerana calon itu dipilih semata-mata bagi membela nasib rakyat.

Selain itu, pemilihan calon yang dekat dengan rakyat adalah penting kerana rakyat yang akan memberi mandat dan kemenangan kepada parti.

"Tentang (kriteria) tu kita tak boleh cerita (lebih lanjut) tapi yang paling penting pendekatan calon kita dengan rakyat dan ini merupakan sesuatu yang kita sedar penting kerana akan menentukan kemenangan.

"Saya rasa pemilihan calon tidak membawa apa-apa nilai tambah kalau sekiranya kelangsungan perjuangan parti tidak dikongsikan bersama sebab calon ini juga membawa nama parti dan parti berwawasan," katanya.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong itu berkata parti yang mempunyai manifesto yang boleh diterima rakyat sudah tentu akan diterima rakyat di kawasan masing-masing.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kriteria-kriteria calon yang bakal dipilih untuk mewakili BN pada PRU14.

Sebelum ini, Hishammuddin dilaporkan sebagai berkata pemilihan calon pada PRU akan datang adalah yang paling teliti dalam sejarah PRU bagi memastikan kemenangan BN.

Sementara itu, Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad dalam ucapannya menasihati pemimpin UMNO agar sentiasa turun padang bagi bertemu rakyat secara bersemuka.

Menurut beliau, pendekatan bersemuka itu lebih berkesan kerana membolehkan wakil rakyat bertemu rakyat secara langsung sekali gus mengetahui isi hati mereka dan permasalahan yang sering dihadapi mereka.

"Jangan jadi seperti pembangkang yang banyak menggunakan laman sosial untuk menyebarkan fitnah, biarlah kita (pemimpin BN) dengan cara kita," kata Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru itu.


Demikianlah Artikel Paling dekat dengan rakyat antara kriteria calon BN

Sekianlah artikel Paling dekat dengan rakyat antara kriteria calon BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Paling dekat dengan rakyat antara kriteria calon BN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/paling-dekat-dengan-rakyat-antara.html

Subscribe to receive free email updates: