PAN ‘Waris’ Sebenar Nik Aziz, Bukan PAS?....Apa Masalah PAN Ni

PAN ‘Waris’ Sebenar Nik Aziz, Bukan PAS?....Apa Masalah PAN Ni - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAN ‘Waris’ Sebenar Nik Aziz, Bukan PAS?....Apa Masalah PAN Ni, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAN ‘Waris’ Sebenar Nik Aziz, Bukan PAS?....Apa Masalah PAN Ni
link : PAN ‘Waris’ Sebenar Nik Aziz, Bukan PAS?....Apa Masalah PAN Ni

Baca juga


PAN ‘Waris’ Sebenar Nik Aziz, Bukan PAS?....Apa Masalah PAN Ni

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) yang mewarisi kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bukan parti Islam PAS!

Penasihat PAN, Ustaz Ahmad Awang berkata, malah PAN yang memperjuangkan Islam yang sesuai dan benar di negara ini.

Menurutnya, PAN juga meneruskan tahaluf siyasi dengan sesiapa sahaja demi menumbangkan kerajaan termasuk DAP.

“Kami (PAN) sebenarnya hari ini meneruskan pendekatan, cara dan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.

“Walaupun mereka (PAS) marah kami guna nama Tok Guru Nik Aziz, itu tak jadi soal kerana orang (rakyat) tahu dan faham,” dakwanya dalam satu ceramah baru-baru ini.

PAN ditubuhkan oleh kumpulan pro- Pakatan Rakyat yang tewas dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS pada tahun 2015.

Mereka gagal mempertahankan jawatan dan menubuhkan PAN dengan sokongan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR)

PAN kononnya parti Islam baru bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat terbubar.

Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP dan PKR bagi menyingkirkan PAS kerana enggan berkompromi dalam isu-isu akidah Islam.

Rentetan itu, PAS turut mengumumkan pembatalan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR kerana mengancam kepentingan Islam.

Ahmad dalam pada itu membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menyatakan haram umat Islam mengundi DAP.

‘Abdul Hadi dulu masa tahaluf siyasi kata wajib undi DAP, sekarang terbalik haram undi DAP.

“Adakah itu bermaksud amanah (Abdul Hadi) boleh dijual beli?,” katanya.


Demikianlah Artikel PAN ‘Waris’ Sebenar Nik Aziz, Bukan PAS?....Apa Masalah PAN Ni

Sekianlah artikel PAN ‘Waris’ Sebenar Nik Aziz, Bukan PAS?....Apa Masalah PAN Ni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAN ‘Waris’ Sebenar Nik Aziz, Bukan PAS?....Apa Masalah PAN Ni dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/pan-waris-sebenar-nik-aziz-bukan-pasapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :