Pantau aktiviti remaja sekarang

Pantau aktiviti remaja sekarang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pantau aktiviti remaja sekarang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pantau aktiviti remaja sekarang
link : Pantau aktiviti remaja sekarang

Baca juga


Pantau aktiviti remaja sekarang

Gambar hiasan
SAUDARA PENGARANG, BARU-BARU ini saya terserempak dengan sekumpulan remaja berusia antara 12 hingga 13 tahun yang begitu bangga merokok di khalayak ramai tanpa perasaan segan-silu.

Punca perkara seperti itu berlaku kerana kurang pemantauan daripada ibu bapa sehingga menyebabkan remaja bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka walaupun menyalahi tatasusila.
Terdapat kajian dilakukan pihak tertentu baru-baru ini yang mendapati remaja berusia antara 11 hingga 17 tahun mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan dan mereka mempunyai keinginan tinggi untuk mencuba sesuatu yang baharu walaupun bertentangan dengan budaya setempat.

Jika sikap sedemikian tidak dikawal, remaja terbabit berkemungkinan besar akan terlibat dengan gejala lebih teruk seperti penyalahgunaan dadah dan mencuri wang untuk membeli barang terlarang.

Mula-mula, mereka mencuba perlakuan yang ringan-ringan sahaja seperti merokok. Kemudian, mereka akan beralih pula kepada gejala lebih berat seperti mengambil dadah atau meminum arak.

Kita sudah tentu tidak mahu remaja terjebak dengan perbuatan negatif sedemikian. Ibu bapa mempunyai peranan penting untuk mendidik anak-anak mereka supaya tidak terlibat dengan gejala tidak sihat serta memantau segala aktiviti dilakukan remaja.

Jangan menyerahkan sepenuhnya tugas berkenaan kepada guru di sekolah yang mempunyai banyak kerja lain. Elak bersikap lepas tangan, jika ibu bapa terbabit tidak mahu mengalami penyesalan tidak berkesudahan pada masa depan.

NUAIM BAHRON

Kuala Lumpur

Sumber: Utusan

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pantau aktiviti remaja sekarang

Sekianlah artikel Pantau aktiviti remaja sekarang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pantau aktiviti remaja sekarang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/pantau-aktiviti-remaja-sekarang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :