Peguam: Aktivis Isu Felda, Mazlan Aliman Akan "Di Bebaskan" Lebih Awal

Peguam: Aktivis Isu Felda, Mazlan Aliman Akan "Di Bebaskan" Lebih Awal - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam: Aktivis Isu Felda, Mazlan Aliman Akan "Di Bebaskan" Lebih Awal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam: Aktivis Isu Felda, Mazlan Aliman Akan "Di Bebaskan" Lebih Awal
link : Peguam: Aktivis Isu Felda, Mazlan Aliman Akan "Di Bebaskan" Lebih Awal

Baca juga


Peguam: Aktivis Isu Felda, Mazlan Aliman Akan "Di Bebaskan" Lebih Awal


PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang direman sejak Khamis lalu, akan dibebaskan hari ini, kata peguamnya, Wan Anwar Wan Ibrahim.

“Baru dimaklumkan yang Mazlan Aliman akan dibebaskan di Balai Polis Jinjang.

“Namun, sekarang ini Mazlan masih diambil keterangan oleh polis dan ada prosedurnya. Akan selesai hari ini. Apa-apa perkembangan tambahan akan dimaklumkan nanti,” katanya sebentar tadi.

Pada 22 Mac lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur meluluskan perintah reman 5 hari ke atas Mazlan sehingga esok.

Wan Anwar berkata, aktivis itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Polis menahan Mazlan Rabu lalu, selepas isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat laporan polis terhadapnya Isnin lalu.

Ia selepas ahli Jawatankuasa Pusat Amanah itu mendakwa Rosmah terlibat dalam projek penternakan ikan sturgeon menelan berjuta ringgit oleh Felda, tetapi gagal dilaksanakan.

Projek itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu, di mana 5 pegawai kanan Felda ditahan pada 24 Januari 2017 kerana disyaki terbabit dalam kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta sejak 2014.

Mazlan dalam sebuah program ceramah bulan ini mendakwa beliau diberitahu seorang pegawai Felda yang ditahan SPRM, projek penternakan ikan itu mendapat “restu” Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Rosmah menasihatkan pegawai Felda cara menggerakkan projek terbabit.

Seksyen 500 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya untuk kesalahan memfitnah.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. #sumber


Demikianlah Artikel Peguam: Aktivis Isu Felda, Mazlan Aliman Akan "Di Bebaskan" Lebih Awal

Sekianlah artikel Peguam: Aktivis Isu Felda, Mazlan Aliman Akan "Di Bebaskan" Lebih Awal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam: Aktivis Isu Felda, Mazlan Aliman Akan "Di Bebaskan" Lebih Awal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/peguam-aktivis-isu-felda-mazlan-aliman.html

Subscribe to receive free email updates: