link : Pelajar maut, pengetua kena tindakan tatatertib
Pelajar maut, pengetua kena tindakan tatatertib
SEREMBAN 19 Mac - Tindakan tatatertib dikenakan terhadap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Tampin kerana cuai sehingga menyebabkan seorang pelajar perempuan maut terkena bilah pisau traktor mesin rumput, Februari lalu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, tindakan diambil terhadap pengetua lelaki itu kerana membenarkan kontraktor pembersihan memotong rumput di padang sekolah ketika pelajar sedang melakukan aktiviti.
“Pengetua sekolah berkenaan sepatutnya tidak membenarkan kerja-kerja memotong rumput dijalankan ketika para pelajar berada di padang.
“Prosedur operasi standard (SOP) kita dengan jelas menyatakan bahawa kontraktor tidak sepatutnya melakukan apa-apa kerja apabila terdapat pelajar di padang sekolah,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pendidik La Sallian Malaysia Ketujuh di sini hari ini.
Sin Woon bagaimanapun enggan mengulas bentuk tindakan yang diambil terhadap pengetua terbabit.
Ditanya sama ada tindakan turut dikenakan ke atas kontraktor pembersihan, beliau berkata, ia bergantung kepada hasil siasatan polis.
Dalam kejadian pada 13 Februari lalu, pelajar tingkatan dua SMK Tuanku Abdul Rahman, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia selepas kepalanya terkena bilah pisau traktor mesin rumput semasa menjalani latihan kawad di padang sekolah.
Dua pelajar lain, Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd. Farhan Reza Badrul Hesam, 13, turut cedera dalam kejadian tersebut.

loading...
Demikianlah Artikel Pelajar maut, pengetua kena tindakan tatatertib
Sekianlah artikel Pelajar maut, pengetua kena tindakan tatatertib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar maut, pengetua kena tindakan tatatertib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/pelajar-maut-pengetua-kena-tindakan.html